Thursday, August 20, 2009

Perkasakan semangat patriotik







SEMANGAT PATRIOTIK..Lajim ketika menyerahkan jalur gemilang kepada Kamarlin yang menyertai konvoi jalur gemeling sempana kempen tersebut

BEAUFORT : Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mahu rakyat negara ini terus diperkasakan dengan semangat patriotisme kerana tanpa semangat itu sesebuah bangsa akan hanyut tanpa pedoman.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan itu , rakyat yang tiada semangat itu akan menjadikan faktor kebendaan sebagai matlamat hidup sedangkan ia tidak akan menjadikannya bangsa yang mulia dan tinggi martabatnya
'' Semangat patriotiklah yang akan mengikat kita semua rakyat Malaysia dalam satu ikatan walaupun keturunan yang berbeza tetapi kerana negara kita Malaysia maka kita mempunyai satu matlamat, sebab itulah turut dicetuskan konsep 1 Malaysia agar rakyat terus memelihara perpaduan dengan memiliki semangat sayangkan negara '' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kempen kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan ke-52 Peringkat daerah Beaufort di padang pekan di sini pagi kemarin

Hadir sama ialah Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Pegawai daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar, Setiausaha Politik Kementerian Insfrasktutur Isnin Haji Aliasnih dan Pegawai Perpaduan daerah Awang Anak Sani

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort banyak negara yang merdeka di dunia ini tetapi tidak mempunyai martabat kerana kemiskinan dan ketinggalan selain menghadapi peperangan serta masalah lain.

Sehubungan dengan itu Lajim turut mengingatkan rakyat agar terus terus semangat patriotisme terhadap negara dengan menyamai nilai dan perangai baik, bekerja bersungguh-sungguh, menjaga keharmonian negara dan mematuhi undang-undang.

“ Kita tidak seharusnya terikut ikut dengan budaya yang boleh menjejaskan tahap keharmonian dan pepaduan kaum di Negara ini yang cuba dicetuskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab hanya kerena memikirkan kepentingan peribadi mereka” tegas Lajim

Beliau berkata .nikmat kemerdekaan dapat dikecapi oleh rakyat selama ini kerana negara ditadbir dengan begitu baik dan berkesan dan ianya melalui proses perjuangan yang panjang penuh dengan cabaran oleh para pemimpin terdahulu yang menuntutu kemerdekaan dan membebaskan negara dari belenggu penjajahan.

“Sejarah pahit dan getirnya perjuangan membebaskan Negara dari kecamaman penjajahan masa lampau perlu kita renung kembali, justeru semangat patriotisme sedia ada iaitu cinta yang kental kepada negara dan semangat setia kepada Negara perlu ditanamkan dalam sanubari kita” katanya

No comments:

Post a Comment