Sunday, August 23, 2009

UMNO BEAUFORT TUAN RUMAH MAJLIS BERBUKA PUASA UMNO ZON 3




BINCANG PROGRAM...Kelihatan Lajim berbincang dengan Setiausaha Umno Bahagian Beaufort Haji Jusih Haji sarin meneliti program yang disediakan sebelum mesyuarat tersebut bermula.

KOTA KINABALU: Umno bahagian Beaufort akan menjadi tuan rumah bagi program berbuka puasa bersama Badan Perhubungan Umno Sabah bagi kawasan Zon 3 yang melibatkan Umno bahagian Beaufort selaku tuan rumah juga Umno bahagian Sipitang,Kimanis dan Papar.

Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, majlis tersebut akan diadakan pada 29 Ogos depan bertempat di Masjid Jamek Kampung Kebatu dekat sini.

" Majlis ini akan dijangka akan dihadiri oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman serta lain-lain pemimpin Umno termasuklah pemimpin Umno dari kawasan Zon 3" katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan penganjuran program tersebut di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu malam kemarin.

Hadir sama Timbalannya Isnin Haji Aliasnih, Setiausaha Bahagian Haji Jusih Haji Sarin ,Ketua Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd. Dun.

Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) ,selain program berbuka puasa bersama pemimpin Umno Sabah, majlis itu juga akan diiisi dengan ceramah agama, dan penyampaian zakat kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Beaufort itu juga berkata, Umno bahagian Beaufort juga telah menyusun jadual berbuka puasa yang diadakan di beberapa buah pusat daerah mengundi yang melibat dua buah kawasan dewan Undangan negeri itu Klias dan Kuala Penyu.

" Program terawal kita yang akan diadakan pada 27 Ogos ini ialah kembara merdeka Ramadan dimana satu konvoi berkenderaan membawa jalur gemilang akan kita adakan bermula dari daerah Beaufort dan berkahir di daerah kecil Menumbok dan seterusnya kita akan berbuka puasa dan bersembahyang maghrib,isyak dan tarawih di masjid pekan Menumbok" katanya

No comments:

Post a Comment