Friday, August 28, 2009
GPMS SABAH TOLAK CADANGAN BAGI MEMASUKKAN PERTUBUHAN TERSEBUT DALAM AKTA BELIA
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS) Sabah menolok cadangan bagi memasukan pertubuhan tersebut dalam Akta Belia yang hanya boleh disertai oleh golongan belia yang berumur di bawah 40 tahun
Pengerusi Perhubungan (GPMS) Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, keputusan tersebut merupakan keputusan yann tidak selaras dengan matalamat asal pertubuhan tersebut diwujudkan sebelum ini yang lebih memberikan perhatian terhadao usaha memperkasakan mutu pendidikan pelajar Melayu dan Bumiputera.
“ Langkah ini juga telah mengurangkan skop serta sumbangan GPMS dalam menjana kemajuan sektor pendidikan Negara dimana kita melihat pendidikan adalah merupakan keperluan sepanjang hayat tanpa mengira batas usia” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan GPMS Sabah di salah sebuah hotel di sini malam kemarin.
GPMS Pusat pada persidangan tahunannya baru baru ini telah meluluskan usul bagi memasukkan pertubuhan tersebut ke dalam Akta Belia yang hanya membolehkan golongan belia iaitu yang berumur 40 tahun ke bawah boleh menjadi pemimpin dan ahli kepada pertubuhan tersebut.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort seharusnya GPMS perlu bergerak dalam status yang sediaada agar sumbangannya lebih menyeluruh terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas utama penubuhan pertubuhan tersebut sebelum ini tanpa meminggirkan kepentingan kaum belia.
“ Kita tidak menolak keupayaan pemimpin muda untuk menerajui kepimpinan tertinggi pertubuhan ini, namun adalah lebih baik perkonggsian idea antara pemimpin muda dan veteran dapat dicantumkan dalam pertubuhan ini khusus dalam memberikan tumpuan terhadap usaha memperkasakan mutu dan pencapaian pendidikan di Negara ini” tambah Lajim
Sementara itu pada mesyuarat tersebut juga GPMS Sabah telah bersetuju mencadangkan tiga exconya untuk bertanding merebut jawatan dalam pemimlihan GPMS Pusat yang akan diadakan pada bulan November ini.
Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita (GPMS) Sabah Saridah Datuk Mohd.Dun dicadangkan untuk bertanding bagi merebut jawatan Naib Prsiden GPMS, sementara dua lagi exconya iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Papar Amirzan Mohd.Ali dan dan Matlan Thufeck dicadangkan untuk bertanding bagi jawatan exco GPMS di peringkat Pusat .
Mengulas pencalonan ini Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ketiga-tiga pemimpin GPMS Sabah ini merupakan antara tokoh yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam soal kepimpinan yang perlu diketengahkan di peringkat pusat agar mereka boleh memainkan peranan dalam kepimpinan tertinggi GPMS Bagi memperkasakan sektor pendidikan nasional khususnya di negeri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment