Wednesday, August 5, 2009
PELAJAR HARUS LAKUKAN KOREKSI DIRI SEDARI AWAL
Zulkhairi menyampaikan Sijil kecermalangan kepada salah seorang pelajar di majlis itu
MENUMBOK: "Golongan pelajar di semua peringkat harus melakukan koreksi diri sedari awal mencakupi penetapan cita-cita, pemantapan keyakinan, halatuju kejayaan serta mempertingkat prestasi setiap masa", demikian seru Ketua Pentadbir Yayasan Sabah, Zon Pedalaman Selatan(YSZPS), Zulkhairi Haji Ismail semasa merasmikan Seminar Motivasi Kecemerlangan SPM & STPM di SMK Menumbok kelmarin. Beliau juga menegaskan bahawa prasyarat untuk cemerlang dalam semua aspek ialah disiplin yang tinggi, rakan sebaya yang berwatak terpuji, ilmu yang dicari, persekitaran sihat serta kecergasan fizikal dan mental.
Seminar sehari anjuran YSZPS dan SMK Menumbok itu melibatkan seramai 180 orang calon SPM dan STPM 2009. Slot motivasi diisi oleh Kaunselor Osman Sidek dari PPD Kuala Penyu dan Ustaz Jailani Haji Idris dari Beaufort.
Menurut Pengetua SMK Menumbok, Haji Mohd Ali Mohd Yassin, penganjuran program itu bertujuan untuk memperkasa aspek ketahanan dan keyakinan diri semua peserta khususnya calon-calon SPM dan STPM di samping mendedahkan mereka kepada teknik-teknik pembelajaran serta persediaan menghadapi peperiksaan secara sistematik.
Hadir sama dalam program itu Penolong Kanan Pentadbiran, Abu Bakar Sani; Penolong Kanan Kokum, Hamidey Abd Rahman; Pengarah Program, Fadhiltullah Abd Wahab; Pegawai Operasi YS Menumbok, Pudin haji Ibrahim; Pegawai Operasi YS Kuala Penyu, Ganilin Hasim dan warga pendidik SMK Membakut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment