Monday, August 17, 2009
YAYASAN SABAH ZON PEDALAMAN SELATAN MAIN PERANAN JANA KEMAJUAN PENDIDIKAN DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT
SERAH REPELIKA CEK…Kelihatan Lajim menerima repelika cek dari Zulkhairi dalam satu majlis penyampaian Biasiswa kepada para pelajar di kawasan Parlimen Beaufort baru baru ini
BEAUFORT: Yayasan Sabah khususnya Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) turut memainkan peranan yang cukup penting bagi menjana kemajuan pendiidikan khususnya di Kawasan Parlimen Beaufort.
Manifestasinya ,tidak hanya dizahirkan dengan pemberian sumbangan biasiswa yang saban tahun diberikan kepada pelajar yang layak di kawasan ini, namun usaha untuk menjana kemajuan pendidikan telah dipelbagai melalui pelbagai program dan makanisme antaranya Seminar Pendidikan,Kem Mitovasi Pelajar ,Seminar Kecermalangan Ibubapa disamping beberapa bantuan pendidikan yang disalurkan kepada pelajar yang layak dengan harapan mutu dan pencapaian akademik pelajar dapat dipertingkatkan setiap masa.
Usaha ini sudah pesti seiringan dengan komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh melakukan transformasi pendidikan secara besar-besaran yang memerlukan sokongan semua pihak termasuk sektor swasta di Negara ini.
Tahun ini sahaja bagi kawasan Zon Pedalaman Bawah termasuk kawasan Parlimen Beaufort Yayasan Sabah telah memperuntukan sejumlah RM 53,285.00 bantuan Biasiswa Harian dan Asrama kepada 192 orang pelajar dari lima buah daerah iaitu Beaufort,Membakut,Sipitang,Kuala Penyu dan Menumbok yang masing masing menerima biasiswa harian antara RM 120 ke 360 mengikut ketegori tingkatan pelajar bagi pelajar yang layak menerima biasiswa masing masing
Ketua Pegawai Pentadbir (YSZPS) Zulkhairi Haji Ismail ketika ditemui berkata komitmen YSZPS membantu menjana kemajuan sektor pendidikan di negeri ini, tidak hanya dilihat dari sudut bantuan biasiswa, namun pelabagi pendekatan melalui program yang berkesan perlu dilakukan bagi membantu usaha kerajaan memperkasakan mutu dan pencapaian pendidikan khususnya di negeri ini.
“ Pemberian Biasiswa hanya sebahagian daripada tanggungjawab sosial Yayasan Sabah bagi membantu meringankan beban keluarga pelajar menghadapi keperluan kewangan untuk pendidikan anak-anak mereka, namun dari segi meningkatkan kecermalangan akademik lain kita turut memberikan penekanan kepada beberapa program yang boleh menjadi nilai tambah untuk meningkatkan tahap kecermalangan akademik pelajar” katanya.
“ Setiap tahun kita telah merangka dan melaksanakan aktiviti dengan pelbagai program antara kem Mitovasi, seminar kecermalangan pendidikan dan sebagainya dengan harapan ianya akan menjadi nilai tambah kepada usaha usaha yang dilakukan oleh pejabat pelajaran dan pihak sekolah untuk memperkasakan pencapaian akademik pelajar” Tambah Zulkhairi.
Menurut Zulkhairi sektor swasta perlu menunjukkan komitmen mereka membantu memartabatkan sektor pendidikan di negara ini dan memadamkan persepsi rakyat kononnya sektor swasta hanya berminat dalam projek-projek mewah dan menguntungkan
“ Sektor swasta perlu membuktikan kesediaan untuk melabur dalam sektor pendidikan yang sebenarnya merupakan agenda paling penting untuk menentukan hidup atau mati rakyat di sesebuah Negara: katanya
Sambil mengakui keberkesanan setiap program yang dianjurkan oleh (YSZPS) mendapat sokongan serta kerjasama dari pelbagai pihak khususnya pejabat pelajaran,pemimpin masyarakat tempatan, dan beberapa jabatan serta agensi kerajaan yang lain Zulkhairi berkata, jalinan kerjasama serta semangat berkerja berpasukan turut mendorong dan membantu (YSZPS) melaksanakan setiap program yang dianjurkan untuk mencapai matlamat sebagaimana yang diharap-harapkan .
Ahli Palimen Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika ditemui semasa merasmikan salah program yang dianjurkan oleh (YSZPS) di Beaufort baru baru ini berkata, sumbangan sektor swasta khususnya Yayasan Sabah dalam bidang pendidikan mampu memperkasakan mutu pendidikan Negara dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama di negara ini.
Katanya, banyak pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT perlu bersaing untuk mendapatkan pembiayaan.
"Berikutan peruntukan yang terhad maka di sinilah peranan syarikat swasta memberi khidmat sosial dan berganding bahu dengan kerajaan memastikan kecemerlangan pendidikan Negara dapat terus dijana “ katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment