Thursday, August 6, 2009

GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH AKAN TERUS DIBANTU MENDAPATKAN RUMAH LAJIM





BERSEMANGAT…Lajim bersama Ketua Pemuda Umno bahagian Beaufort Mohd.Ishak dan kumpulan Koir Pergerakan Wanita Beaufort menaikkan bendera dan menyanyikan lagu negaraku semasa persidangan tersebut
BEAUFORT: Kerajaan tidak menyekat peluang rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, syarat untuk memohon rumah rakyat kini semakin longgar dan beliau menjamin semua rakyat yang dikategorikan miskin pasti akan mendapat rumah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Umno Bahagian Beaufort Kali ke 16 di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini ,baru-baru ini

Katanya, walaupun rakyat miskin yang mempunyai anak yang sudah bekerja tetapi mempunyai pendapatan kurang daripada RM900 sebulan, rakyat berkenaan masih layak untuk memohon dan peluang untuk mendapatkan rumah juga cerah.

Mengulas permintaan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin agar syarat memohon Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), Lajim berkata syarikat berkenaan memerlukan pemohon menunjukkan kemampuan untuk membayar pinjaman rumah, termasuk memiliki tanah bergeran.

Beliau juga berkata SPNB telah menimbang kepayahan rakyat untuk mendapatkan rumah sendiri dengan menawarkan potongan besar terhadap kos pembinaan rumah.

Bagaimanapun, beliau berkata rakyat mempunyai pilihan untuk mendapatkan kediaman sendiri dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Diajukan pertanyaan lain mengenai langkah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mengwujudkan pasukan khas atau “ Flying Squd” bagi memantau perlaksanaan projek perumahan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bersetuju dengan angkah tersebut bagi mempestikan projek yang dilaksanakan berjalan dengan lancar serta memenuhi sepekasi kerja yang telah ditetapkan.

“ Sebaiknya pasukan khas ini juga perlu mendapatkan kerjasama dari setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan di kawasan masing-masing agar keberkesanan dari segi perlaksanaan dan mutu kerja yang dilakukan oleh kontraktor yang terbabit memenuhi sepekasi yang ditetapkan oleh kerajaan” katanya.

Malah menurut beliau terdapat beberapa kes projek PPRT menghadapi masalah antaranya sepakasi kerja yang tidak berkualiti didirikan di kawasan yang tidak sesuai sehingga menyebabkan rumah yang dibina tidak selesa dan selamat untuk diduduki dimana ini boleh menjejaskan imej kerajaan dan mendatangkan masalah kepada penghuni yang menerima bantuan projek PPRT ini.

No comments:

Post a Comment