Wednesday, August 26, 2009

KERAJAAN PUSAT KOMITED BANTU PBT DI SABAH DAN SARAWAK LAJIM



/>
PERSEDIAAN LENGKAP….Lajim (tengah) bersama sebahagian dari Jawatankuasa penganjur majlis berkenaan merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat tersebut berakhir

BEAUFORT : Pemberian geran tahunan bermula tahun depan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak merupakan antara komitmen kerajaan Pusat bagi untuk membantu pengurusan pembangunan di kedua-dua buah negeri itu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata pemberian geran berkenaan membolehkan PBT di Sabah dan Sarawak untuk merancang program pembangunan secara teratur dan meningkatkan tahap perkhidmatan kepada orang awam.

Menurut Lajim yang juga ahli Parlimen Beaufort , kaedah pemberian geran tersebut akan diberi mengikut kadar keluasan dan populasi penduduk di sesebuah PBT. Bagaimanapun katanya jumlahnya tidak sama bergantung kepada keperluan PBT tersebut.

Beliau berkata demikian dalam ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir jawatankuasa Persediaan Majlis Berbuka Puasa Badan Perhubungan Umno Sabah bagi Zon 3 di Masjid Jamek Kampung Kebatu dekat sini petang kemarin

Hadir sama Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih haji Sarin,Bendahari Umno Bahagian Mohd.Zahari Zinin,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun

Baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian geran tahunan berjumlah 62.8 juta ringgit diberikan kepada PBT di Sabah dan Sarawak yang mana Geran tersebut sebelum ini hanya diberikan kepada PBT di Semenanjung.

“ Kita berharap melalui pemberian geran tahunan ini ianya mampu menangani masalah kewangan bagi pihak PBT khususnya di negeri ini dan Sarawak melaksanakan pelbagai program pembangunan yang memberikan manafaat serta kesejahteraan rakyat di PBT masing-masing” katanya

Menurut beliau lagi berkata, cek geran akan diberikan melalui kementeriaannya dan terpulang kepada pihak PBT untuk merancang program pembangunan di kawasan masing-masing.
.
“ Di negeri ini sahaja kita mempunyai 23 PBT yang akan menerima agihan geran ini mengikut keperluan kesesuaian dan saiz PBT yang ada, bagaimanapun kita berharap agar geran yang diperuntukan ini digunakan untuk projek projek pembangunan mengikut keutamaan serta keperluan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat setempat” tambah Lajim.

No comments:

Post a Comment