Thursday, August 20, 2009
USIA BAHAGIAN BEAUFORT LULUS TIGA USUL
SEBAGAI INGATAN…Lajim menerima cendera kenangan berupa potret belia dari Haji Bakri selepas merasmikan mesyuarat tersebut
BEAUFORT: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunannya pagi kemarin telah meluluskan sebanyak tiga usul yang melibatkan pindaan perlembagaan pertubuhan tersebut untuk dibawa ke Persidangan Agung Tahunan (USIA) Pusat pada bulan November akan datang.
Tiga usul yang diluluskan itu melibatkan Fasa 16,19 dan 29 perlembagaan (USIA) iaitu Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (USIA)yang melibatkan pertambahan ahli jawatankuasa Pusat yang dipilih dari 18 orang menjadi 25 orang ,sementara 15 orang ahli jawatankuasa yang dilantik sebelum ini ditambah menjadi 18 orang.
Bagi Fasa 19 Tugas tugas Pegawai Dalam Majlis Tertinggi turut dicadangkan ialah jawatankuasa Belia dan Wanita diasingkan bagi menjadikan kedua-dua sayap ini mempunyai jawatankuasa tertingginya sendiri dan mengadakan pemilihan jawatankuasa tertingginya untuk tempoh tiga tahun sekali.
Turut dicadangkan pada mesyuarat itu ialah Fasa 29 Perlembagaan (USIA) dimana di peringkat jawatankuasa bahagian dua jawatan Naib yang dipilih turut dicadangkan dimana sebelum ini hanya seorang Naib sahaja yang dipilih, sementara turut dicadangkan seorang Naib yang dilantik di peringkat bahagian dan ahli jawatankuasa yang dipilih ditambah dari 5 orang menjadi 10 orang sementara ahlijawatankuasa yang dilantik di peringkat bahagian sebanyak 5 orang yang sebelumnya hanya 2 orang,
Mesyuarat tersebut juga turut mencalonkan Wakil Rakyat Kawasan Membakut Datuk Haji Mohd.,Ariffin Arrif untuk jawatan Ketua Belia (USIA) Pusat menjelang mesyuarat Agung (USIA) Pusat pada bulan November nanti
Ketika diminta mengulas usul ini Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang merasmikan mesyuarat agung tersebut berkata, cadangan usul pindaaan perlembagaaan yang dikemukakan itu amat sesuai dan relaven dengan keperluan semasa bagi menjadikan pertubuhan tersebut lebih berkesan dalam memainkan peranan dan tanggungjawabnya melaksanakan program dakwahnya sesesuai dengan cabaran masa kini dan akan datang.
Menurutnya cadangan untuk menjadikan badan Belia dan Wanita mempunyai organisasinya sendiri dilihat dapat mengerakkan program dakwah dengan lebih berkesan khusus bagi mendekati golongan muda termasuklah golongan wanita.
“ Kita mahu menjadikan badan belia dan wanita ini dapat bergerak serta memainkan peranannya sendiri dalam melaksanakan pelbagai program dakwah sesuai dengan keperluan generasi muda” katanya.
Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort diberikan sokongan padu bagi menerjaui kepimpinan (USIA) bahagian Beaufort apabila mesyuarat tersebut bersetuju sebulat suara memilih beliau untuk menjawat jawatan Ketua Bahagian yang baru sementara bekas Ketua Bahagiannya Haji Bakri Kambar pula menjadi Timbalannya.
Hadir sama di mesyuarat tersebut Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar, Ketua Penerangan Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Normilah Siong, Ahli Majlis Tertinggi (USIA) Pusat Drs. Mail Mohamad dan Setiausaha Politik Kementerian Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment