Tuesday, August 4, 2009

AHLI PARLIMEN BEAUFORT SAMPAIKAN SUMBANGAN




PRIHATIN...Lajim yang diiringi oleh Kimjus dan Abd.Sanon ketika menyampaikan sumbangan peribadinya kepada Rabica semasa kunjungan tersebut.

Bagi puan Rabica Bana di kampung Kebatung Bundu Kuala Penyu musibah yang melanda beliau bersama keluarga amat mencemaskan ,apabila keseluruhan atap rumah yang beliau duduki dterbangkan angin ribut dalam satu kejadian minggu lepas.Kejadian ini sememangnya satu pengalaman yang menakutkan.Keseluruhan atap rumah beliau musnah sama sekali dalam kejadian tersebut bagimanapun kejadian sekelip mata itu tidak melibatkan sebarang kemalangan nyawa cuma keseluruhan harta benda di dalam rumah basah dan sebahagiannya pula rosak terutamanya siling rumah,dan perabut serta peralatan dalam rumah yang lain . Masalah yang dihadapi oleh Puan Rabica terhadap musibah yang melanda rumahnya turut mendapat perhatian serta merta dari Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang kebetulan berada di kawasan tersebut minggu lepas dimana sebaik sahaja beliau dimaklumkan dengan kejadian tersebut beliau bersama rombongan Umno bahagian Beaufort terus bergegas ke tempat kejadian bagi meninjau keadaan rumah Puan Rabica disamping menghulurkan bantuan peribadi kepada Puan Rabica dan Keluarga. Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut meminta pihak jawatankuasa bencana Alam Daerah agar mempercepatkan penyaluran bantuan
kepada Puan Rabica terutamanya bantuan untuk menggantikan atap rumah yang diterbangkan .Lawatan Lajim turut disertai oleh Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Abd. Sanon Haji Sapari dimana semasa lawatan tersebut kerja-kerja membaiki rumah Puan Rabica giat dilakukan oleh ahli keluarga terdekat dan juga penduduk setempat:

No comments:

Post a Comment