Friday, August 28, 2009

HAMPIR SERATUS BUAH KENDERAAN SERTA KONVOI KEMBARA MERDEKA RAMADAN






SERAH JALUR GEMILANG….Lajim diiringi oleh Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar ketika menyerahkan jalur gemilang kepada salah seorang pemimpin masyarakat tempatan di majlis tersebu

MENUMBOK: Sekali pun berhadapan dengan keletihan menghadapi ujian menjalani ibadah puasa namun ianya tidak mematahkan semangat hampri 100 orang peserta konvoi Kembara Merdeka Ramadan yang berlepas dari Pekan Beaufort dan berakhir di daerah kecil Menumbok

Konvoi yang dilepaskan dan diketuai sendiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin itu merupakan antara program dua dalam satu iaitu sebagai mengisi sambutan bulan Kemerdekaan dan juga bulan Ramadan dengan pengisian yang boleh membangkitkan semangat patriotik kepada bangsa,agama dan Negara.

Apa yang menariknya Konvoi ini, ianya bukan sahaja disertai oleh masyarakat Islam namun masyarakat lain juga terlibat disamping penyertaan jabatan jabatan kerajaan dan badan badan NGO yang mana ianya dengan sendiri dapat menjana Konsep serta semangat 1 Malaysia .

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort semasa berucap merasmikan program tersebut berharap rakyat khususnya umat Islam agar mengambil peluang dengan kebarkatan bulan Ramadan bagi memperbaharui dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melipat gandakan amal ibadat kepada Allah supaya hubungan manusia ( kita )dengan Allah bertambah teguh

Menurut Lajim dalam kebarkatan bulan Ramadan ini juga akan timbul pula perasaan kemanusiaan kita terhadap sesama insan, sehingga melahirkan amal kebaikan yang bermanfaat dalam suasana aman dan tenteram ketika negara akan menyembut kemerdekaannya yang ke 52 tahun

“ Dengan sifat mulia yang ditunjukkan maka penghidupan sesama insan bertambah harmoni dalam suasana keselesaan dan saling rasa prihatin bagi menjadikan kita rakyat yang akan terus bersatu padu dan menghargai makna sebuah kemerdekaan” katanya

Katanya, Setiap patriotik akan mewariskan sejarah kepada keturunannya dan generasi selepas mereka. Betapa bumi merdeka ini harus dipertahankan kedaulatannya. Tidak ada siapa yang akan menjaga untuk kita, melainkan diri sendiri.

Dimajlis tersebut Lajim turut mengaih-agihkan Jalur Gemilang kepada beberapa buah jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat dan selepas acara ini berakhir beliau bersama Peserta Konvoi turut menyertai masyarakat Islam setempat dalam Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Menumbok dan turut mengagih-agihkan sumbangan zakat kepada fakir miskin dan juga sumbangan untuk tabung Masjid dan Surau

No comments:

Post a Comment