Tuesday, September 8, 2009

program inap desa berpotensi dimajukan di Kampung Kota Klias Beaufort






Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyampaikan sumbangan naskah Al-Quran kepada Imam Masjid Kampung Kota Klias sempana program Ziarah Ramadan tersebut
KOTA KLIAS BEUFORT: Program Inap Desa berpotensi untuk dimajukan di kawaan ini memandangkan kawasan ini saban hari menerima kedatangan pelancong untuk melihat sepsis Monyet Belanda” Proboscis Monkey” di sekitar sungai Klias
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,sesuai dengan kewujudan kawasan yang menjadi daya tarikan pelancong ke kawasan ini, rakyat wajar mengambil peluang untuk menceburi industri ini
“ Kita berharap kerajaan khususnya agensi berkaitan akan memberi tumpuan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan program inap desa di kawasan ini dalam usaha untuk mempromosikan sebagai tempat penginapan pilihan pelancong” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Ziarah Ramadan Umno bahagian Beaufort di Masjid Kampung Kota Klias dekat sini
Menurut beliau setakat ini tidak kurang dari pada 100 orang pelancong sehari melawat ke kawasan ini dan jumlah ini akan bertambah pada musim cuti dan jika banyak Inap Desa dimajukan di kawasan ini dan jika dapat disediakan Inap Desa yang lebih selesa dengan pengisian program program kebudayaan dan hidangan makanan tradisional yang menyelerakan sudah pesti pelancong akan bermalam di sini
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kesemua kawasan terlibat perlu dikembangkan lagi dengan pakej inap desa yang menarik bagi memastikan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.
Menurut beliau, jika program inap desa ini dapat diusahakan dan dimajukan di kawasan ini di negeri ini ianya akan dapat mendatangkan manfaat kepada pengusaha dan pesertanya.
"Kita akan memberi fokus kepada kawasan ini melalui penglibatan rakyat dalam industry inap desa dengan mengenal pasti apa lagi produk yang boleh ditawarkan selain yang sedia ada”
"Apa yang penting ialah bagaimana kita mahu mempromosikan kampung-kampung ini untuk menarik pelancong, sekali gus memberi sumber pendapatan mereka yang terlibat dalam industri itu," katanya.
Menurut Beliau lagi, program inap desa bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, bahkan perlu mencakupi program yang lengkap termasuk mempunyai produk berkonsepkan kebudayaan dan ekopelancongan.
"Konsep inap desa mesti betul iaitu penduduk dan pelancong mesti tinggal bersama dan pelancong perlu disajikan dengan budaya serta gaya hidup masyarakat di situ yang sukar diperoleh di kawasan lain," katanya
Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Zinin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Klias Razali Tahir Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment