Monday, May 25, 2009

Sabah Jadi "Rool Model" Gagasan 1 Malaysia Lajim





BEAUFORT: Sabah perlu menjadi contoh bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak dalam mengwujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, walaupun Sabah aga unik yang mempunyai pelbagai suku kaum ,agama dan latar belakang kebudayaan masing masing namun hubungan harmoni dan semangat perpaduan masih terus terpelihara

“ Sabah mempunyai tidak kurang dari 30 suku kaum dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang 90 dialek namun rakyatnya sentiasa hidup harmoni dan bersatu padu yang perlu dipertahankan dan menjadi contoh dalam pembinaan gagasan 1 Malaysia” katanya ketika berucap merasmikan Info Bestari Komuniti Bestari Kampung Rancangan Klias di dewan masyarakat kampong tersebut dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Pegawai Penerangan Beaufort Malinah Jamalin,Wakil Pegawai Daerah Beaufort Aliamat Zam Zam dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengajak rakyat di negeri ini agar terus bersatu padu mempertahankan perpaduan yang sedia terjalin .

Beliau berkata, soal perpaduan tidak boleh dipandang mudah dan semua pihak harus berusaha untuk membawanya ke tahap yang lebih tinggi .

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga meminta agar Komuniti Bestari turut memainkan peranan sebagai wadah untuk mengukuhkan perpaduan antara masyarakat di kawasan masing-masing

Katanya, selain menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan dan perkara berkaitan, K-Bestari juga mampu mengeratkan hubungan antara penduduk pelbagai kaum melalui aktiviti yang diatur

Beliau mengingatkan rakyat terutamanya di luar bandar agar tidak mudah termakan oleh fitnah serta khabar angin yang disebarkan oleh golongan tertentu yang berkepentingan, sebaliknya menjadikan K-Bestari sebagai saluran untuk maklumat yang tepat.

“ Amat penting bagi setiap Komuniti Bestari (K-Bestari) di setiap daerah agar lebih proaktif menerangkan fakta-fakta sebenar di sebalik isu-isu semasa yang berbangkit kepada rakyat di peringkat akar umbi.” Katanya OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment