Wednesday, July 14, 2010

Semua PBT di negeri ini Disaran Wujudkan Penarafan bintang (Star Raiting ) ukur prestasi pengurusan





ALBUM KENANGAN…Lajim (tengah) turut merakamkan gambar kenangan bersama pegawai dan Ahli Majlis Daerah Ranau selepas perjumpaan tersebut


RANAU: Semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini disarankan agar mengwujudkan Penarafan Bintang (Star Raiting ) masing masing bagi menentukan tahap amalam sistem pengurusan dan penyampaian setiap PBT dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata sistem itu akan menjadi petunjuk pencapaian sesebuah agensi serta mewujudkan persaingan yang sihat antara agensi dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada.
``Sistem ini pernah dilaksanakan pada tahun 1980-an yang mana prestasi agensi-agensi kerajaan digredkan mengikut tahap pencapaian masing-masing” jelas Beliau
Beliau berkata demikian ketika berucap dimajlis perjumpaan bersama pegawai dan anggota Majlis Daerah Ranau di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Ranau petang kemarin
Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan,Yang Dipertua (MUIS) Datuk Syed Abbas Syed Ali Setiausaha Politik Kementerian Kebudayaan ,Pelancongan dan Alam Sekitar Datuk Amisah Yassin dan, ,Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin
Beliau menegaskan, budaya kerja berasaskan prestasi dan pengurusan terbaik perlu sentiasa diterapkan dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan
“ Mahu tidak mahu setiap PBT di negeri ini perlu mengwujudkan Penarafan Bintang pada setiap PBT Masing-masing dimana `kriteria star rating ini akan mengambil kira pelbagai aspek sistem pengurusan terbaik yang boleh memberi jaminan kualiti terhadap perkhidmatan yang diberikan” katanya.
Tambah Lajim kementerian beliau sedia untuk membantu mana-mana PBT di negeri ini yang ingin mengwujudkan sistem Penarafan Bintang dimana setakat ini hanya 6 PBT di negeri ini telah melaksanakan sistem tersebut
Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kementerian beliau telah meluluskan beberapa peruntukaan kepada Majlis Daerah Ranau antaranya ialah peruntukan untuk melaksanakan projek menaik taraf landskap di daerah itu dimana tahun ini kementerian beliau telah meluluskan sebanyak RM500,000.00 untuk tujuan tersebut..
“ Saya berharap melalui peruntukan ini kerja-kerja menaik taraf landskap di daerah ini dapat dilaksanakan sesuai dengan lokasinya yang menjadi tumpuan pelancongan untuk melawat ke daerah ini” katanya.

No comments:

Post a Comment