Saturday, July 10, 2010
IBU TUNGGAL TERKEJUT DENGAN KUNJUNGAN SEORANG TIMBALAN MENTERI
BANTU…..Lajim bersama Kimjus,Sebastian, Lokman dan Sanawi menukul paku sebagai simbol permulaan pembinaan rumah Iting semasa kunjungan tersebut
KUALA PENYU: “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga: begitulah nasip yang diterima oleh seorang
Ibu tunggal Iting Kasai 60 di Kampung Batu 4 Bundu Kuala Penyu setelah kehilangan tempat tinggal kerana rumah kediamannya musnah dalam kebakaran beberapa tahun yang lalu suaminya pula meninggal dunia 3 tahun yang lepas.
Keperitan hidup terpaksa beliau tanggung bersama 7 orang anak setelah kehilangan tempat tinggal terpaksa tinggal dibalai raya yang berdekatan bagimanapun berkat usaha dan sokongan pemimpin Barisan Nasional tempatan dan sokongan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin sebuah rumah tempat tinggal sementara dapat dibina untuk kediaman sementara keluarga ini.
“Barat mata memandang barat lagi bahu memikul begitulah hari hari yang dilalui oleh ibu tunggal ini namun beban serta kepayahannya meneruskan kehidupan bersama keluarga menemukan sinar apabila pada pagi jumaat lepas beliau tidak menduga akan dikunjungi oleh Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan bersama rombongan yang terdiri dari Ketua Bahagian PBS Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim ,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim, Naib Ketua Bahagian UPKO Bahagian Kuala Penyu Lokman Sunggim dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Kuala Penyu Sanawi haji Sapar yang menghabiskan masa hampir sejam berkunjung ke rumah beliau di Kampung Batu 3 Bundu dekat sini.
Disamping meninjau keadaan keluarga ini Lajim juga turut menyampaikan bantuan peribadi kepada keluraga ini dan turut memaklumkan beliau adalah antara penerima yang akan diberikan keutamaan untuk menerima bantuan rumah di bawah program PPRT yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini
“ Lawatan ini selain dari pengisian program Local Agenda 21, kita juga mempestikan keluarga ini dapat dibela melalui bantuan yang boleh kita salurkan terutamanya dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal yang lebih baik dan selesa kepada keluarga ini” jelas Lajim semasa ditemui selepas lawatan ini.
Menurut Lajim keperluan bagi mempestikan rakyat untuk terus diberikan pembelaan adalah seiring dengan slogan kerajaan “ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dimana konsep ini adalah teras perjuangan kerajaan BN yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat agar mereka yang kurang berkemampuan tidak akan tercicir dari arus pembangunan perdana negara.
Malah katanya, agenda membasmi kemiskinan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort sentiasa diletakkan dihadapan agar tidak ada rakyat yang ketinggalan atau tercicir untuk merasai makna kemajuan yang sebenarnya.
“ Saya berharap semua pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi sentiasa peka dan proaktif terhadap persekitaran agar tidak ada rakyat yang terlepas pandang dari mendapat pembelaan dari kerajaan” katanya.
Katanya dengan adanya tindakan proaktif dan maklumat yang tepat dari pemimpin masyarakat tempatan berhubung dengan keperluan pembangunan di sesebuah kampung membolehkan pemimpin dan kerajaan mengambil langkah yang proaktif untuk mengatasi segala masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat yang memerlukan pembelaan.
Sementara itu Iting semasa di temui turut melahirkan penghargaan dan terima kasih beliau khususnya kepada Lajim yang disifatkan sebagai pemimpin akar umbi yang berjiwa rakyat, beliau juga melahirkan ucapan terima kasih kepada pemimpin kompenan BN di daerah itu yang sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah yang dihadapinya bersama keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment