Thursday, February 11, 2010
USRAH MEMANTAPKAN JATIDIRI SAUDARA MUSLIM
SUMBANGAN..Lajim bersama Nasrun dan Abdullah turut menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan (USIA) kepada salah seorang saudara Muslim sempana majlis tersebut
Usrah adalah salah satu aktiviti yang terpenting dalam gerakan organisasi Islam. Organisasi Islam yang mengamalkan konsep usrah akan dilihat mampu mentadbir manusia disekelilingnya dengan lebih terpimpin. Taaruf, tafahum dan takaful adalah konsep usrah yang sesuai diterapkan di dalam jiwa umat Islam khususnya kepada saudara baru.
Usrah yang membawa maksud keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Baru-baru ini bertempat di kampong Monsok kira kira 15 kilometer dari Pekan Tambunan telah berlangsung Program Usrah Saudara Muslim Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin
Turut menyertai rombongan ini termasuklah Naib Yang Dipertuanya Datu Datuk Nasrun Datu Mansur,Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin, Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Panglima Hajah Normila Siong, Ketua (USIA) bahagian Tambunan Jumain Abdul Ghani dan Ketua (USIA) bahagian Keningau Haji Kaipin Rosmin
Program Usrah Saudara Muslim ini telah menghimpunkan hampir 100 orang saudara muslim dari kampong berkenaan dan sekitarnya diberikan kefahaman yang lebih baik kepada saudara muslim khususnya dalam urusan aqidah dan ibadah. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan jatidiri saudara muslim dalam menghadapi cabaran kehidupan selepas memeluk Islam
Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Penyelaras bahagian-bahagian (USIA) semasa berucap di majlis tersebut berkata, melalui kunjungan tersebut diharapkan akan dapat mencetuskan motivasi kepada saudara Muslim untuk membina jatidiri saudara muslim cemerlang disamping mengeratkan hubungan silatulrahim dan juga sedikit menyelami masalah yang dihadapi oleh saudara Muslim khususnya di kawasan berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa sekiranya seorang saudara muslim mahukan jatidirinya kukuh dan hebat maka empat perkara penting tidak boleh dianggap ringgan iaitu memelihara solat, puasa, zakat dan haji serta melakukan amal kebajikan ketika hidup di dunia
“ Saya beharap saudara Muslim kita tidak akan merasa terpinggir dan rasa rendah diri, sebaliknya beliau berkata (USIA) akan terus memainkan peranan meningkatkan kefahaman mereka tentang ajaran Islam melalui pelbagai program termasuklah membantu mereka dalam soal kebajikan” katanya.
Menurut beliau lagi saudara Muslim juga perlu berusaha menambah pengetuhan mereka dalam ajaran Islam melalui pembelajaran sepanjang hayat yang boleh diperolehi melalui pendidikan dari guru guru agama dan juga pembacaan.
Di majlis tersebut Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan dari (USIA) kepada 20 orang saudara Muslim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment