Monday, January 3, 2011

Belia berwawasan elemen penting kemajuan negara






ALBUM KENANGAN…Lajim (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta yang menyertai konvoi bermotorsikal tersebut


KOTA KINABALU: Golongan belia di negeri ini diingatkan agar sentiasa meletakan tekad serta wawasan mereka di hadapan bagi membolehkan mereka mampu bersaing menghadapi pelbagai bentuk cabaran .
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, mereka (belia) perlu berwawasan dan mempunyai prinsip yang teguh jati diri yang tinggi dalam membangun potensi diri dan orang lain.
Menurut beliau generasi belia perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran globalisasi dan bersaing di peringkat antarabangsa, dimana semangat ini perlu diiringi dengan keteguhan diri serta kekuatan dalaman bagi membantu golongan belia menghadapi tekanan dan cabaran
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika berucap merayahkan seramai 30 buah rombongan Konvoi bermotorsikal dalam satu majlis makan malam dekat sini malam kemarin.
Rombongan yang dirayahkan di majlis tesebut terdiri dari golongan belia dari gabungan belia Kawasan Rukuan Tetangga (KRT)kampung Kukut yang melakukan melakukan perjalanan bermotorsikal dari Beaufort-Sandakan,Tawau dan balik ke Beaufort
Tambah Lajim usaha Malaysia untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri tidak akan berjaya sekiranya golongan belia yang berwibawa gagal dibentuk.
Katanya, golongan belia yang menjadi bayangan kepada generasi akan datang merupakan elemen paling penting dalam usaha Malaysia untuk mengangkat maruah dan martabat menjadi negara maju.
``Usaha untuk melengkapkan golongan belia dengan sifat-sifat mulia dan terpuji adalah selaras dengan wawasan negara untuk mengangkat maruah dan martabat menjadi negara maju” katanya
Sehubungan dengan itu Ketua Umno bahagian Beaufort ini memuji usaha yang dilakukan oleh Gabungan (KRT) kampung Kukut yang terdiri dari golongan belia yang menganjurkan aktiviti tersebut yang beliau anggap boleh menyuntik semangat juang yang tinggi bagi golongan belia menghadapi cabaran disamping dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam memupuk budaya serta semangat kerjasama secara berpasukan di kalangan mereka.jbw
``Jika kita memiliki semangat juang serta peribadi tinggi, ia adalah pra syarat kepada kejayaan kita untuk menguruskan bangsa dan negara,'' tambah Lajim lagi.

No comments:

Post a Comment