Wednesday, January 19, 2011

20,000 UNIT RUMAH PPR DIBINA DI SABAH DALAM RMK-8 DAN RMK-9







Kelihatan Lajim yang diiringi oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar,Penagarah JPN Wang Hussin Wan Hassan dan Presiden MPS Datuk Jemas Wong ketika menijau PPR Jalan Kem Tentera yang kini siap sepenuhnya

SANDAKAN: Sebanyak 20,000 unit rumah dibina menerusi 25 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah dalam usaha mengatasi masalah pemilikan rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan masalah setinggan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pembinaan rumah itu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke Lapan dan Sembilan dengan 18,700 unit rumah sudah disiapkan dan bakinya masih dalam pembinaan.

Katanya kos pembinaan PPR ditanggung oleh kerajaan Pusat ,manakala kerajaan negeri menyediakan tapak tanah disamping menjalankan proses pemilihan serta mendapatkan pembeli atau penyewa yang berdaftar melalui sistem PendaftaranTerbuka Berkomputer .
“ Kadar Sewa rumah PPR ialah RM124 sebulan ,manakala harga jualannya RM 42,000 di Sabah dan Sarawak dan lain-lain negeri RM 35,000” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan PPR jalan Tentera di sini.
Lajim menyerahkan 500 unit rumah PPR itu kepada Kerajaan Negeri yang diterima oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.
Menurut beliau sasaran utama penyewa atau pembeli unit PPR adalah dari golongan berpendapatan rendah termasuk setinggan dengan jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM 2,500 sebulan.

Lajim berkata pada masa akan datang pembinaan PPR akan menggunakan polisi siap beli bagi menyediakan eksis lebih luas kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Katanya, polisi ini akan membabitkan unit PPR yang dibina dalam RMK-10

No comments:

Post a Comment