Wednesday, January 19, 2011

PBT DISARANKAN AGAR SELARASKAN HARGA SEWAAN RUMAH PROJEK PPR DI SABAH




Lajim bersama Ghulam dan Wan Hussin mendengar taklimat dari pemaju semasa melawat projek PPR Taman Semarak Tawau yang kini siap sepenuhnya dan bakal diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah

TAWAU: Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disaran agar mengkaji serta menyelaras kadar harga sewaan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak selaras disesetangah PPR di beberapa buah daerah di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, di sesetengah tempat rumah PPR khususnya disekitar Kota Kinabalu kadar sewaan yang dkenakan kepada penyewa ialah RM150.00 sebulan manakala di PPR yang lain pula RM 139.00 sebulan.


Malah katanya, terdapat kes PPR disewakan mengikut kedudukan tingkat rumah dimana ditingkat yang rendah ianya disewakan dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan tingkat atas yang kadar sewaanya lebih rendah dari tingkat bawah.

“ Matalamat kerajaan menyediakan PPR kepada rakyat adalah membantu menyediakan rumah yang lebih selesa kepada rakyat yang memerlukannya dengan kadar sewa yang sesuai dan mampu mereka bayar sebulan, justeru jika kita menyewakan pada kadar yang tinggi dan tidak selaras sudah tentu ianya akan membebankan mereka” katanya semasa ditemui media selepas melakukan lawatan ke projek PPR Semarak dekat sini kemarin.

Mengringi lawatan beliau Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan ,Pengarah Jabatan Perumahan Negara Wan Hussin Wan Hassan serta pegawai pegawai kanan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Majlis Perbandaran Tawau.

Menurut Lajim PPR Semarak yang sudah siap pembinaannya hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada kerajaan negeri dan beliau berharap pihak majlis Perbandaran Tawau telah pun mengenal pesti pemohon yang benar benar layak dan memenuhi syarat diberikan keutamaan untuk menyewa di PPR tersebut.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, pihak kementerian beliau akan berbincang dengan Jabatan Perumahan Negara agar setiap PPR yang dibangunkan turut disediakan kemudahan belakan api elekterik dan air termasuklah pemasangan kelengkapan dan penyambungan bekalan ke dalam rumah

Katanya jika sebelelum ini rumah yang disediakan hanya menyediakan punca (point) bekalan api elektrik dimana penyewa sendiri yang menyediakan kelengkapan seperti kipas angin, lampau termasuk pemasangan meter air dan juga api eleketrik namun pada masa akan datang perkara ini akan terus disediakan oleh pihak pemaju.

“ Ini juga turu meringankan beban mereka yang menyewa PPR dimana keperluan untuk menyediakan perlatan ini boleh mencecah hingga ke RM1,000, bagaimanapun pada masa akan datang kita akan kaji mengikut makanisme tertentu agar ianya tidak melibatkan kos yang tinggi kepada pemaju dan tidak membebankan kepada penyewa” katanya.

No comments:

Post a Comment