Wednesday, January 19, 2011

BOMBA SUKARELA AKAN DIPERKASAKAN







Kelihatan Lajim diiringi oleh Michel, Khairuddin dan Yusuf memukul gong sebagai simbol pelancaran majlis tersebut

BELURAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini berusaha ke arah memperkasakan pasukan bomba sukarela agar setanding dengan negara-negara maju.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ke arah itu, kementeriannya sedang memulakan usaha untuk menggunakan pendekatan ISO negara maju iaitu ratio 1:4 dimana satu anggota bomba disebuah balai bomba, terdapat empat ahli bomba sukarela yang turut membantu.

Menurut beliau, usaha itu perlu bermula dari sekarang memandangkan peranan dan tanggungjawab pasukan itu lebih mencabar seiring dengan pembangunan negara ke arah mencapai negara maju menjelang 2200.

“ Bagi memperkasakan lagi pasukan bomba sukarela ini, kerajaan bukan sahaja memberi bantuan kenderaan dan peralatan malah latihan yang secukupnya seperti anggota yang sebenarnya agar dapat membantu anggota bomba dan penyelamat di kawasan masing-masing” katanya semasa ditemui media selepas melancarkan Kempen Pencegahan Kebakaran,Bomba Sukrela dan Memasyarakatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Dewan masyarakat Beluran dekat sini baru-baru ini.

Hadir Sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ghula Haidar Khan , Wakil Rakyat Labok Datuk Seri Panglima Michael Asang,Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Khairuddin Deraman dan Pegawai Daerah Beluran Yusuf Osman

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bagi meningkatkan dan menggalakkan penyertaan masyakarat dalam pasukan bomba sukarela, pemimpin negara dan pengurusan tertinggi jabatan bomba dan penyelamat sentiasa turun padang.

Katanya, pengarah bomba dan penyelamat di peringkat negeri juga diarahkan bagi mengenalpasti kawasan yang memerlukan penubuhan pasukan bomba sukarela khususnya di kawasan yang jauh daripada respond time jabatan bomba dan penyelamat.

Menurut Lajim sehingga kini, 23 pasukan bomba sukarela di sabah membabitkan keahlian 1-ribu 223 orang. Jumlah itu dijangka bertambah memandangkan 22 permohonan untuk mendaftarkan pasukan itu sedang dalam proses pendaftaran dengan pendaftar pertubuhan.

Pada majlis Tersebut Lajim turut menyerahkan alat pemadam api kepada pengerusi jkkk serta penyerahan borang permohonan pasukan bomba sukarela Beluran disamping itu beliau juga turut menyaksikan demontrasi memadam api oleh pasukan bomba sukarela

No comments:

Post a Comment