Wednesday, January 19, 2011

KONTRAKTOR DIBERI MASA SEHINGGA JUN INI SIAPKAN BALAI BOMBA KINABATANGAN-LAJIM







Lajim bersama Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin diberikan penerangan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Deraman semasa melawat Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang kini dalam proses penyiapan

KINABATANGAN : Pihak kontraktor yang membina Balai Bomba dan Penyelamat di sini diberi masa sehingga Jun ini untuk menyudahkan projek yang sepatutnya siap Disember tahun lepas.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, projek ini sudah siap sebanyak 86 peratus dan kontraktor member jaminan akan menyudahkanya mengikut masa lanjutan yang diberikan.
Beliau berkata kontraktor berkenaan juga sudah menjelaskan bahawa kelewatan itu disebabkan oleh pertukaran status tanah dan masalah mengangkut bahan binaan dari Sandakan.
“ Mereka member jaminan akan menyiapkan projek itu mengikut masa lanjutan yang diberikan dan kita mahu mereka melaksanakan tanggungjawab itu” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat itu baru baru ini.
Lajim berkata kewujudan Balai Bomba dan Penyelamat merupakan satu keperluan di daerah ini yang pesat membangun dan semakin bertambah penduduknya.
Beliau berkata ketika ini sekiranya berlaku kebakaran dan bencana alam terutamanya banjir di daerah ini mereka terpaksa bergantung kepada Balai Bomba dan Penyelamat di Sandakan yang terletak kira-kira 100 kilometer dari sini.
Katanya, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat itu akan menyakinkan rakyat dan membuktikan kerajaan Barian Nasional sememangnya prihatin dengan masalah mereka .

No comments:

Post a Comment