Thursday, January 20, 2011

Anggota Perkhidmatan Awam Perlu fleksibel dalam pemikiran dan tindakan bagi memastikan matlamat program transfoarmasi kerajaan (GTP) tercapai





MESRA…Lajim bersalaman dengan anggota perkhidmatan awam yang hadir pada majlis perjumpaan tersebut

BEAUFORT: Landskap pembangunan negara yang kini berada dalam era pecut untuk memastikan matalamat Visi 2020 iaitu Malaysia sebagai negara Maju menuntut komitmen penjawat awam agar lebih fleksibel dalam pemikiran dan tindakan bagi memastikan matlamat program transfoarmasi kerajaan (GTP) tercapai

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, penjawat awam perlu berupaya melakukan tugas di luar kebiasaan dan mengamalkan keterbukaan minda dalam menjamin kecemerlangan perkhidmatan awam serta kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, ujar beliau, pemikiran dan cara bekerja anggota perkhidmatan awam juga perlu berubah supaya segala perancangan dan objektif jabatan dapat direalisasikan.

“ Serentak dengan cabaran dan misi yang ingin dicapai ini Lajim menyarankan agar setiap jabatan dan agensi kerajaan dapat menyediakan “ Bank Idea” yang boleh mengumpukan idea idea baru yang kreatif dan inovatif untuk dikongsi bersama dan dilaksanakan dalam memacu proses pembangunan” katanya ketika berucap di majlis perjumpaan bersama anggota perkhidmatan awam di dewan masyarakat Pa Musa Beaufort kemarin.

Hampir 200 orang anggota perkhidmatan awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan hadir pada majlis tersebut dan antara yang turut hadir Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Then, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih dan Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort proses yang bermula dengan idea bernas mesti disusuli perancangan cemerlang dan pelaksanaan tanpa cacat cela, sekali gus mampu memastikan mutu perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

''Dalam era globalisasi sekarang, perkhidmatan awam tidak terkecuali daripada melakukan transformasi selaras dengan tuntutan dalam menjayakan aspirasi kerajaan dan tidak lagi melaksanakan tugas rutin kepada konsep kepuasan pelanggan semata-mata.

''Justeru, penjawat awam perlu sentiasa bertenaga serta mudah berubah dalam menangani cabaran masa kini dan akan datang dengan memiliki keupayaan berfikiran di luar kotak, mampu menjangka dan mengatasi cabaran yang dihadapi," katanya.

Katanya, penjawat awam perlu lebih responsif terhadap aspirasi kerajaan dengan menggalas amanah dan tanggungjawab sebaiknya bagi mencapai misi dan agenda pembangunan negeri tercapai dengan jayanya.

Tambahnya, transformasi ke arah menjadikan masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi semata-mata bahkan mencakupi kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani supaya seluruh rakyat dapat merasai nikmat pembangunan yang dilaksanakan

No comments:

Post a Comment