Friday, January 7, 2011

SISTEM OSC BANTU PERCEPATKAN PERMOHONAN DI PBT





SIDANG MEDIA….Lajim bersama Kamarlin semasa menjawap soalan pemberita semasa sidang media selepas merasmikan majlis tersebut


BEAUFORT : Pelaksanaan Sistem Pusat Setempat (OSC) mampu mempercepatkan semua permohonan untuk sesuatu projek pembangunan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, pemohon hanya mengambil masa 40 hari untuk mengetahui keputusan permohonan mereka berbanding 120 hari untuk permohonan secara manual sebelum ini.

Katanya, sebanyak 10 PBT di beberapa negeri di Semenanjung masing-masing sudah melancarkan OSC dalam talian sementara 104 buah PBT lagi, bakal melaksanakan OSC masing-masing tahun depan bagi memudahkan semua urusan permohonan projek.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kenduri Sekampung anjuran Persatuan Bisaya Bersatu Sabah(PBBS) di Perkaangan Masjid Kampung Lubak dekat sini kemarin

Hadir sama Wakil Rakyat Lumadan yang juga Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi,Naib –Naib Presiden PBBS Haji Roslan Muharam,Isnin Haji Aliasnih,Edris Ali dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani

Menurut Datuk Lajim lagi di Sabah, hanya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini bersedia untuk melaksanakan sistem itu kerana PBT lain masih berdepan masalah teknikal.
Bagaimanapun, kementeriannya sedia membantu dan membimbing semua PBT untuk melaksanakan sistem itu sepenuhnya.

“ Diberapa buah PBT sistem (PSC) ini mungkin megambil masa untuk dilaksanakan kerana masalah teknikal, bagaimanapun kementerian saya sedia membantu dari segi tenaga kepakaran bagi mana-mana PBT di negeri ini yang berhadapan dengan masalah ini bagi membolehkan mereka dapat melaksanakan sistem ini” tambah Lajim

Tambah Lajim OSC dalam talian yang beroperasi 24 jam menawarkan perkhidmatan e-permohonan, e-rujukan, e-panduan, e-pertanyaan, e-bayaran, e-aduan, e-kad laporan dan e-perkhidmatan.

Dalam perkembangan lain Lajim juga turut berpuas hati dengan sokongan serta maklum balas yang positif terhadap kempen mengurangkan penggunaan bel plastik dan juga kitar semula yang dilaksanakan oleh Kementerian beliau tahun lepas.

Katanya, kesungguhan serta komitmen dariPBT ,pengusaha pasaraya,badan badan NGO termasuk orang ramai bagi menjayakan kempen ini membuktikan kesungguhan mereka membantu kerajaan memelihara bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingannya menjaga alam sekitar disamping mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan bagi pengurusan pelupusan sisa pepajal
Menurut beliau kementerian beliau akan meneruskan dan memberhebatkan kempen tersebut pada tahun ini dimana di peringkat pusat akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini sementara di peringkat PBT di negeri-negeri lain beliau berharap ianya dapat dilancarkan sebelum bulan May tahun ini.

“kesedaran masyarakat terhadap penggunaan beg kitar semula masih kurang justeru kempen tersebut perlu diperhebatkan sepanjang masa dan ia memerlukan penglibatan semua pihak terutama pengusaha pasar raya sendiri”
“ kempen berterusan merupakan salah satu kaedah terbaik yang perlu kerajaan lakukan untuk menyedarkan masyarakat.” katanya

No comments:

Post a Comment