Tuesday, June 8, 2010

CHOR CHEE HEUNG DIYAKINI BERUPAYA PIMPIN KPKT




MESRA…Lajim menyambut mesra ketibaan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hassan Malek dan Isteri yang turut hadir ke majlis pekahwinan anak beliau di Taman Likas jaya


KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melahirkan keyakinan Datuk Chor Chee Heung yang akan menjadi Menteri baru di kementerian beliau mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada pada beliau.

Beliau berkata, Chor yang bakal menjadi “ bos” barunya di kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan bukanlah orang baru dalam jentera pentadbiran kerajaan dimana pengalaman beliau di beberapa kementerian dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri sebelum ini akan dapat membantu beliau melaksanakan tugasnya dengan baik dan berkesan.

“ Saya kenal rapat dengan beliau sebelum ini, tidak ada masalah bagi saya berkerja bersama beliau terutamanya dalam merealisasikan NKRA kementerian ini ” katanya ketika ditemui selepas majlis perkahwinan anak beliau Nooraniza Lajim bersama pasanganya Pengiran Petra Pengiran Asri di Kediaman beliau di Taman Likas Jaya baru baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rombakan kecil kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd.Razak pada isnin lepas yang membabitkan beberapa kementerian berkuatkuasa 4 Jun lepas.

Chor yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan dinaikkan pangkat ke jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan bagi mengambialih tugas yang sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang menjadi Menteri Pengangkutan

Sementara itu ketika diminta mengulas langkah kerajaan membuka peluang kepada warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah di bawah Program Malaysia Rumah Ke-2 Ku (MR2K) Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, langkah ini dijangka dapat menggalakkan pelaburan asing dalam negara ini.

Katanya Sebelum ini, program itu terhad kepada penyertaan pasangan warga asing sahaja. Dengan dengan keputusan ini menurut beliau secara tidak langsung memberi kelebihan kepada rakyat tempatan yang berkahwin dengan warga asing untuk memiliki rumah

“ keputusan itu diambil Kerajaan selepas mendapatkan maklum balas semua pihak mengenai Program MR2K.” tambah Lajim

No comments:

Post a Comment