Thursday, June 24, 2010

PERGERAKAN WANITA UMNO PERLU JADI EJEN PERUBAHAN



BEAUFORT Pergerakan Wanita Umno berupaya menjadi ejen perubahan dan nadi tranformasi negara berdasarkan semangat serta azam baru yang ditunjukkan pergerakan itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar ) berkata, melalui semangat yang ditunjukkan pergerakan Wanita Umno ketika ini, merupakan eleman yang penting bagi membantu parti bangkit daripada keadaan “ suram” sebelum ini terutamanya dalam usaha membawa kejayaan kepada Umno pada pilihanraya umum akan datang.

" Pergerakan Wanita Umno kini merupakan pelopor kepada proses transformasi yang besar, wanita boleh mainkan peranan yang berkesan kepada usaha memperkukuhkan parti dan seterusnya membawa perubahan kepada Negara” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort di dewan Masyarakat dekat sini

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort Dato Hajah Azizah Datuk Mohd.Dun, Wakil Pergerakan Wanita Umno Sabah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Haji Sadikon, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Beaufort Saridah Datuk Mohd.Dun.

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort perubahan perlu bermula dari diri dengan pemikiran inovatif dengan melakar budaya baru yang menjadi paksi kepada keyakinan ahli dan rakyat untuk terus memberikan sokongan terhadap dasar dan perjuangan parti.

“ Semangat perlu disertai dengan kesungguhan berkerja, melaksanakan amanah yang diberikan, jika kita (pemimpin) berupaya melaksanakan amanah dengan telus, adil dan saksama, keyakinan ahli akan dapat diperkukuhkan ” katanya

Dalam pada itu, Lajim berkata bagi memastikan kejayaan terus berpihak kepada Umno, anggotanya diingatkan supaya mengutamakan parti tanpa mengharapkan jawatan.

Menurutnya, sifat taksub kepada jawatan yang dimenangi dalam parti dan budaya terlalu menjaga penyokong kuat sahaja hingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat akan merugikan parti itu.

"Jangan nilai kejayaan semata-mata dari segi jawatan yang dimenangi, apa gunanya menjadi ketua kalau parti tidak lagi berkuasa dan kuasa berada di tangan orang lain” katanya

Sehubungan dengan itu beliau mengajak kepimpinan parti agar berjuang untuk semua, tidak hanya tertumpu kepada hanya penyokong kuat tetapi mesti jadi pemimpin kepada rakyat yang teramai

“ Dalam setiap program yang dilaksanakan perlu diambil kira perlu adalah keberhasilan dalam setiap program yang d anjurkan dan bukannya hanya mengambil kira jumlah aktiviti yang diadakan, dimana aktiviti yang banyak sahaja tidak menjamin hasil yang diinginkan jika kualitinya tidak mencapai tahap yang memuaskan” tambah Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

No comments:

Post a Comment