Tuesday, June 8, 2010

3000 RIBU BUAH RUMAH PPR DI SABAH MASIH KOSONG




SIDANG MEDIA…Lajim ketika bercakap kepada media selepas majlis tersebut


BEAUFORT: Kira-kira 3-ribu rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini masih kosong walaupun kebanyakan rumah berkenaan sudah ada nama penyewa.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, masalah itu timbul berikutan sikap pemohon yang enggan berpindah ke PPR terlibat.

Katanya, pemohon PPR yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan setinggan tempatan sepatutnya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk berpindah selepas PPR yang dipohon sedia untuk diduduki.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai usaha kerajaan persekutuan membantu kerajaan negeri mencapai sasaran setinggan sifar menjelang hujung tahun ini.

Sebelum itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menyertai lebih dari 500 orang masyarakat Islam setempat mengerjakan Solat Hajat dan Perhimpunan Aman bagi menguntuk kekejaman Rejim Zionis Isreal yang menyerang kapal misi bantuan Kemanusia Gaza di masjid Jamek Kampung Kebantu dekat sini baru baru ini

Majlis tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda dengan kerjasama Umno Bahagian Beaufort dan jawatankuasa Masjid Kampung Kebatu yang turut dihadiri oleh Timbalan ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih haji Sarin Ketua Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Naib Ketua Pemuda Mohd.Azman Lajim.

Menurut Lajim, usaha kerajaan menyediakan PPR untuk mengatasi masalah setinggan dalam bandar hanya sia-sia jika penduduk terlibat enggan bekerjasama.

Beliau turut menyarankan agar PBT bertindak lebih tegas meroboh rumah setinggan dalam kawasan kadaran masing-masing mengikut notis yang dikeluarkan untuk memastikan penduduk berpindah ke PPR.

Katanya, penduduk terlibat tidak mempunyai alasan enggan berpindah kerana setiap PPR dilengkapi kemudahan asas yang diperlukan.

Beliau menambah ,kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan skim sewa-beli projek PPR di seluruh negara untuk membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“ Setinggan warga asing pula akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing tanpa sebarang kompromi dimana projek perumahan dibawah projek PPR adalah dikhususkan kepada setinggan tempatan yang tinggal di kawasan setinggan ataupun terpaksa menyewa rumah di kawasan Bandar” tambah Beliau

No comments:

Post a Comment