Tuesday, June 8, 2010

UMNO BEAUFORT SERU MASYARAKAT ANTARABANGSA KUTUK KEKEJAMAN REJIM ZIONIS ISREAL




TAKBIR Lajim bersama kepimpinan Umno bahagian ,pemuda Umno dan masyarakat Islam setempat melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai tanda protes mengutuk kekejaman rejim zionas Isreal selapas mengerjakan sembanyang jumaat dan solat hajat di masjid Jamek Kampung Kebatu pagi kemarin

BEAUFORT : Umno bahagian ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan komando rejim zionis Israel yang menyerang sebuah daripada enam buah kapal yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza.

Ketuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata tindakan kejam komando rejim zionis itu telah menyebabkan ramai aktivis yang tidak bersalah terbunuh dan di tawan.

" Tindakan ganas komando rejim zionis Isreal menceroboh kapal aktivis dalam misi kemanusiaan ini yang menyebabkan ada yang terbunuh dan ianya merupakan satu tindakan yang keterlalun yang tidak boleh diterima sama sekali” katanya ketika ditemui selepas mengetuai sembahyang hajat dan perhimpunan Aman bagi mengutuk tindakan Rejim Zionis Isreal anjuran Pergerakan Pemuda dan Umno bahagian Beaufort di perkaraangan Masjid Jamek Kampung Kebatu dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin ,Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim serta hampir 500 orang masyarakat Islam setempat dimana Umno bahagian Beaufort merupakan antara bahagian yang pertama di negeri ini mengadakan perhimpunan aman dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan mereka (aktivitis kemanusian) yang masih di tawan.

Menurut Lajim seluruh rakyat di dunia ini yang mencintai keamanan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama perlu mendoakan dengan kepercayaan masing-masing agar kesejahteraan rakyat Palestin terpelihara dari keceman dan tindakan keganasan rejim zionas Isreal yang berlaku sejak sekian lama.

Ahli Majlis tertinggi Umno ini juga menambah, jika komando rejim zionis boleh melakukan kejaman dantindakan ganas terhadap kumpulan misi kemanusian tersebut adalah tidak mustahil mereka akan lebih bertindak ganas dan zalim kepada rakyat di bumi Palestin .

Sehubungan dengan itu beliau menekankan agar sekatan dilaksanakan terhadap Gaza sejak 2007 wajib ditamatkan ,

Tambah Lajim insiden ini merupakan satu lagi contoh bahawa Israel melakukan jenayah kejam ini di mana tindakan pihak berkuasa Israel itu sendiri yang sebenarnya mengancam kedaulatan mereka sendiri.

"Kita amat kesal dengan kegagalan beberapa negara mengutuk tindakan jahat rejim zionis Israel ini, termasuk Amerika Syarikat yang hanya meluahkan "kekesalan yang amat sangat" sementara United Kingdom, Kanada dan Australia pula membisu.

"Kerajaan negara-negara tersebut gagal menyampaikan isyarat perasaan majoriti rakyat mereka," ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya komuniti antarabangsa mendesak Israel menghormati hak asasi manusia seperti yang terkandung dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan Palestin.

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga memuji usaha kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang mengambil inisiatif dan tindakan segara bagi membantu membebaskan rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden ini.

No comments:

Post a Comment