Wednesday, June 16, 2010
Sabah Perlu 20,000 Ribu Rumah
TUNAI JANJI…Lajim diringi oleh pegawai pegawai kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kontraktor pemaju ketika mengadakan lawatan mengejut bagi memantau kemajuan perlaksanaan projek PPR di Kiansom Inanam kemarin.
KOTA KINABALU: Sabah memerlukan sekurang-kurannya 20,000 unit rumah bagi mengatasi keperluan perumahan khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah di negeri ini dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK-10)
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,keperluan tersebut sentiasa meningkat dari masa ke semasa sesuai dengan kepesatan pembangunan di negeri ini juga selaras dengan agenda kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapat isi rumah 40 peratus terendah.
“Usaha kerajaan untuk membina sebanyak 78,000 unit baru perumahan awam yang mampu milik di seluruh negara (RMK-10) merupakan anntara komitmen kerajaan bagi menyediakan kemudahan perumahan untuk kepentingan rakyat dimana Sabah dan Sarawak tidak terkecuali untuk menikmati kemudahan ini” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut bagi memantu kemajuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kiansom Inanam pagi kemarin.
Mengiringi lawatan beliau Ketua Penolong Pengarah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahagian Sabah Mazlan Mohamad dan pegawai pegawai kanan KPKT Bahagian Sabah .
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kebanyakan rumah yang dibina di Sabah adalah dibawah program PPR bagaimana pun kementerian beliau sedang mengkaji bagi menjadikan PPR ini sebagai rumah mampu milik bagi membuka ruang penyewa khususnya mereka yang berpendapatan rendah memilikinya.
“ Di beberapa buah negeri seperti Pahang dan Kuala Lumpur kerajaan telahpun mengambil keputusan untuk menjual terus PPR ini kepada penyewanya sebagai rumah mampu milik” tambah Lajim
Mengulas lawatan tersebut Lajim turut melahirkan rasa puas hati beliau terhadap kemajuan perlaksanaan projek PPR Kiansom Inanam setelah projek ini diambil alih oleh sebuah kontraktor baru pada bulan Ogos tahun lalu.
Menurut beliau dari taklimat yang diberikan oleh kontraktor baru yang meneruskan projek ini sejak awal Mac sehingga 31 Mei tahun ini peratus perlaksanaan projek ini sebanyak 6.5 peratus dimana mereka diberikan tempoh selama 21 bulan untuk menyiapkan projek ini dengan kos sebanyak 47.133 juta melalui sebutharga.
“ Dari apa yang saya perhatikan semasa lawatan mengejut saya hari ini, saya melihat perkembangan positif tentang kemajuan projek ini berbanding dengan lawatan yang saya lakukan pada bulan Febuari lepas dan memberikan keyakinan dengan tenagaj kerja yang ada disamping komitmen kontraktor yang melaksanakan projek ini ianya boleh disiapkan lebih awal dari jadual asal ” katanya
Sehubungan dengan itu beliau meminta kontraktor pemaju agar sentiasa berhubung dengan pegawai pegawai di kementerian beliau bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul bagi mempestikan projek ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Dalam perkembangan lain Lajim berkata setakat ini sebuah lagi PPR di Bukit Padang merupakan antara projek PPR yang tergendala perlaksanaanya dimana kementerian beliau dalam proses untuk menamatkan kontrak kepada pemaju sebelum ini ,sementara projek projek PPR di Kudat,Keningau dan Kunak merupakan projek PPR yang diketegorikan sebagai projek “sakit” dan arahan telahpun dikeluarkan agar kontraktor pemaju yang terlibat dalam projek ini, berusaha untuk menyiapkanya sebelum tempoh RMK-9 berakhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment