Wednesday, June 30, 2010

Pemimpin Muda Diminta Hayati, hargai dan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu







DIRESMIKAN…Serentak dengan Program Juara Rakyat Lajim diiringi oleh Isnin ,Mohd.Ishak dan Azman memotong riben sebagai simbol perasmian gelanggang Fustal di kampung Kebatu.


BEAUFORT : Pemimpin muda diminta agar menghayati sejarah perjuangan serta pengorbanan besar para pemimpin terdahulu yang berjuang bagi membolehkan negara dan rakyat mengecapi nikmat kemerdekaan, keharmonian dan kemajuan yang tidak ternilai harganya hingga ke hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,perjuangan serta pengorbanan besar para pemimpin dan ahli Umno sebelum ini bukan sahaja perlu dihayati, dihargai malah perlu diteruskan oleh pemimpin muda sebagai pemimpin pelapis biar Umno menjadi nahkoda zaman yang akan terus melayari lautan kemajuan dan kemakmuran

“ Kita telah melihat sepanjang tempoh itu Umno telah membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti yang sentiasa berdiri teguh dengan prinsip perjuangan asalnya di samping bersedia berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat” katanya ketika berucap merasmikan Pogram Juara Rakyat Belia dan Sukan di padang SK Kebatu dekat sini

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim, Ketua Penerangan Haji Samin Onkgi,Ketua Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Naib Ketua Pemuda Azman Datuk Lajim

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata bagi meneruskan perjuangan UMNO pastinya menuntut ahli-ahli parti agar sentiasa memelihara prinsip-prinsip asas perjuangan parti di samping bersedia melakukan perubahan sikap, minda dan pendekatan dalam memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat.

"Dengan kemajuan dan kemakmuran yang sediaada ini kita yakin dapat memajukan diri dan bangsa agar setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia serta mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemajuan pertiwi demi masa depan yang lebih gemilang untuk bangsa dan negara kita," tegasnya.

Menurut Lajim tanggungjawab ini sudah tentu akan diambil alih pemimpin muda sebagai pemimpin pelapis yang akan meneruskan agenda serta perjuangan parti oleh yang demikian menurut beliau pemimpin muda perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetuhan disamping membentuk gaya kepimpinan yang mencerminkan ketelusan perjuangan agar amanah serta tanggungjawab yang diberikan mampu dilaksanakan sebaik mungkin.

“ Sebagai pemimpin pelapis Pemuda perlu menerapkan semangat patriotik dalam diri mereka dengan menolak nilai-nilai negetif yang boleh menjejaskan masa depan mereka dan masa depan Negara” tegas Lajim

Katanya, Pemimpin muda perlu menyahut tuntutan perubahan dengan iltizam dan semangat untuk memperkukuhkan Umno dan menjadikannya sebuah parti yang kekal relevan di sepanjang zaman adalah satu tanggungjawab dan amanah besar yang mesti digalas oleh semua pemimpin dan ahli Umno

"Jadikanlah pengalaman dan sejarah perjuangan Umno yang panjang sebagai pedoman berguna untuk kita menggalas tuntutan perubahan ini secara bersama," katanya

Sempana program tersebut pelbagai aktiviti sukan diadakan antaranya pertandingan Fustal, tarik tali, sukan tradisi disamping penyampaian sumbangan untuk pelajar cemerlang ,warga emas dan golongan kurang bekemampuan.

No comments:

Post a Comment