Tuesday, June 8, 2010
" WALAI BISAYA" BAKAL DIJADIKAN PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN
BAKAL…Walai Bisaya ( Rumah Bisaya) terletak di pintu masuk utama ke bangunan KDCA Penampang bakal dijadikan pusat Penerangan Pelancongan (PBBS)
BANGUNAN “ Walai Bisaya” juga dikenali sebagai Rumah Suku kaum Bisaya terletak di pintu masuk utama Bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazan Sabah (KDCA) Jalan Penampang merupakan salah sebuah dari rumah rumah suku kaum yang didirikan di kawasan tersebut bakal menjadi Pusat Penerangan Kebudayaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS)
Naib Presiden (PBBS) Haji Roslan Muharam berkata, cetusan idea bagi menjadikan rumah ini sebagai Pusat Penerangan Kebudayaan (PBBS) adalah cetusan idea dari Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang mahu fungsi dan peranan “Walai Bisaya” di pelbagaikan dimana ianya tidak hanya menjadi tumpuan pengunjung atau pelancong asing semasa sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri sahaja namun ianya akan menjadi pusat sumber rujukan bagi pelancong di kawasan Bandar Kota Kinabalu.
Menurut Haji Roslan yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan (PBBS) bangunan “Walai Bisaya” yang dibena baru semasa sambutan Pesta Kaamatan tahun ini dibina berkonsepkan latar belakang masyarakat Bisaya dimana mejoiriti peralatannya seperti atap dan dinding rumah dibuat daripada pokok rumbia yang senonim dengan kehidupan masyarakat bisaya khususnya di kawasan Beaufort. Dibina pada keluasan 60 kaki panjang dan lebar 40 kaki lebar Walai Bisaya kini mempunyai pelbagai kemudahan antaranya tandas, dapur 4 bilik di bahagian atas sementara di bahagian bawah dua bilik disamping mempunyai beranda di bahagian bawah sesuai untuk menjalankan aktiviti pementasan kebudayaan.
“ Kita akan memperincikan cadangan ini untuk dikemukakan dalam mesyuarat majlis tertinggi (PBBS) dan jika ianya dipersetujui kita akan melaksanakanya dalam tempoh terdekat ini dengan menyediakan pelbagai bahan yang boleh membantu menjadikan “Walai Bisaya” ini menjadi pusat penerangan pelancongan masyarakat bisaya yang merangumi aspek budaya adat resam ,makanan dan kraftangan masyarakat Bisaya” katanya ketika ditemui di sini
Menurut Haji Roslan usaha ini selaras dalam usaha kerajaan menggalakkan industri pelancongan dan berbagai kemudahan pelancongan disediakan antaranya kaunter penerangan pelancongan berbentuk riasalah gambar gambar dan , ruang ligar untuk persembahan kebudayaan pada masa masa tertentu juga ruang-ruang untuk pameran serta demonstrasi permainan tradisional dan juga kraftangan.
“ Kita juga akan menyediakan pertunjukkan audio visual mengenai tempat-tempat menarik, corak kebudayaan, bagi masyarakat Bisaya dimana ianya bertujuan untuk memberi gambaran ringkas kepada para pelancong mengenai aspek menarik tentang budaya masyarakat Bisaya serta kawasan kawasan menarik yang boleh dilawat di kawasan Beaufort yang menjoriti penduduknya dari suku kaum Bisaya” katanya
Haji Roslan menambah (PBBS) juga diperingkat cadangan bagi menjadikan sebahagian bilik yang ada di rumah ini untuk dijadikan Inap Desa (Home Stay) bagi membantu masyarakat Bisaya untuk mendapat tempat tinggal di Kota Kinabalu terutamanya mereka yang terpaksa bermalam kerana beberapa masalah seperti terpaksa menunggu keluarga yang sakit di rawat di hospital dan lain lain
Disamping itu Roslan menambah kedai menjual cenderamata dan kraftangan tempatan dari masyarakat Bisaya juga akan dibuat di rumah ini dan bagi pengunjung yang ingin menikmati berbagai makanan tempatan yang lazat dari masyarakat Bisaya seperti “Amboyat” (sagu) kinabol dan sebagainya sebuah restoran berkonsepkan masakan tradisi suku kaum Bisaya juga akan dibuat di dalam “Walai Bisaya ini.
Menurut Haji Roslan lagi apabila “ Walai Bisaya “ ini buka kepada umum semasa sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri setiap tahun sambutan orang ramai terhadapnya terutama daripada pelancong luar negara amatlah menggalakkan dan adalah dijangkakan akan mendapat sambutan sekiranya “Walai Bisaya “ ini kelak beroperasi sebagai pusat penerangan pelancongan (PBBS)
Katanya apa bila cadangan ini dapat direalisasikan ianya merupakan satu pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada orang ramai. Selain membantu orang ramai atau pelancong dalam merancang lawatan-lawatan mereka, ia juga memberi mereka kesempatan untuk melihat dan menikmati sendiri segala daya tarikan yang terdapat dan dimilik oleh suku kaum Bisaya di negeri ini melalui pementasan kebudayaan dan demonstrasi yang diadakan seperti demonstrasi krfatangan dan Permainan Tradisional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment