Wednesday, June 30, 2010

PEMAJU PERUMAHAN DIMINTA SIAPKAN PROJEK IKUT JADUAL




MESRA…Lajim bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut


BEAUFORT : Pemaju perumahandi negeri ini, diingatkan supaya menyiapkan projek pembinaan mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kementerian beliau banyak menerima aduan berhubung kelewatan pembinaan rumah sedangkan pembeli telahpun membuat pembayaran sebelum ini

Menurut Lajim kementeriannya menyedari masalah ini berlaku di seluruh Negara, justeru program pemulian rumah terbenkalai yang menelan belanja RM200 juta ringgi dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beaufort di dewan masyarakat Beaufort petang kemarin
Menurut Datuk Lajim, menerusi program itu, kementerian akan memilih kawasan perumahan yang sudah mempunyai pembeli dan siap antara 50 hingga 70 peratus.

“ Ini merupakan komitmen kerajaan khususnya kementerian saya bagi menangani sebahagian dari masalah projek perumahan terbengkalai khususnya yang sudah pun mempunyai pembeli “ katanya

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah di negeri ini turut memainkan peranan bagi memantau sebarang projek perumahan yang dilaksanakan di kawasan PBT masing-masing.

Katanya langkah ini dapat membantu kementerian beliau bagi mengenal pesti mana-mana projek perumahan yang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan ini termasuklah projek perumahan yang bermasalah

No comments:

Post a Comment