Thursday, June 3, 2010

TYT YANG DIPERTUA NEGERI SABAH MEMARIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK DSP HAJI LAJIM HAJI UKIN






MEMARIAHKAN MAJLIS...Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah adalah antara kenamaan negeri yang hadir ke majlis perkahwinan anak Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong ,Nooraniza Lajim bersama pasangannya Pengiran Petra Pengiran Asri di kediaman resmi beliau di Taman Likas Jaya Kota Kinabalu pagi kemarin. Dimajlis tersebut Ahmadshah turut diberikan penghormatan bagi mendahului jemputan lain menampung tawar ke dua mempalai yang mengenakan dua set pakaian iaitu moden dan juga Tradisi suku kaum Bisaya. Kenamaan lain yang turut hadir memeriahkan lagi majlis perkahwinan anak ke tiga Lajim ini termasuklah Sepekar Dewan Undangan Negeri Datuk Juhar Mahiruddin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin,Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato Hassan Malik, Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan Datuk Haji Hajiji Mohd. Nor, Bekas Menteri Pertanian Sarawak yang kini Pengerusi Yayasan Sarawak Datuk Seri Adnan Satim dan Datin Seri serta kenamaan lain,sanak saudara serta rakan taulan. Lajim bersama isteri Normilah turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran pemimpin pemimpin negeri dan persekutuan, pegawai pegawai kerajaan sanak saudara dan rakan taulan yang hadir ke majlis perkahwinan anak mereka

No comments:

Post a Comment