Saturday, June 26, 2010

RM126,800.00 DIAGIHKAN BAGI BANTU NELAYAN DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT






RINGANKAN BEBAN….Lajim diiringi oleh Jamaludin,Kimjus dan Awang Sirat ketika menyampaikan sumbangan bantuan tersebut kepada salah seorang penerima di Majlis itu


KUALA PENYU: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah memperuntukan Sejumlah RM126,800.00 bagi membantu masyarakat Nelayan di kawasan Parlimen Beaufort melalui bantuan Elaun Sara Hidup kepada golongan tersebut

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata dari jumlah peruntukan tersebut seramai 643 orang menerima manafaatnya dimana setiap seorang memperolehi sebanyak RM200,00 bagi membantu
menampung kos sara hidup keluarga nelayan yang masih diketegorikan golongan berpendapatan rendah

“ Elauan Sara hidup Nelayan ini merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan bagi membantu measyarakat nelayan khasnya di kawasan ini dan amnya di negeri Sabah dengan harapan pemberian tersebut dapat membantu menampung kos sara hidup keluarga nelayan yang masih diketegorikan golongan berpendapatan rendah” katanya merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Wang Sara Hidup Nelayan dari (LKIM) di dewan SMK II Kuala Penyu dekat sini petang kemarin.

Hadir Pengarah LKIM Sabah Jamaludin Othman Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Penyu Awang Sirat Awang Taul

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengharapkan agar bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh para penerima untuk perkara perkara yang boleh membantu meningkatkan taraf siso ekonomi mereka terutamanya untuk keperluan pendidikan anak-anak mereka

“ Saya berharap bantuan ini juga dapat dimanafaatkan untuk keperluan pendidikan anak-anak mereka kerana melalui pendidikan ianya akan dapat merubah keadaan dan masa depan mereka dengan lebih baik lagi” tambah Lajim

Terdahulu ketika berucap di Majlis itu Ketua Umno bahagian Beaufort ini juga turut memaklumkan, Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM165,000.00 pada tahun lepas bagi melaksanakan 7 buah Projek pembinaan dan pembaikan jeti untuk kemudahan masyarakat nelayan di kawasan Parlimen Beaufort.

Katanya,peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industari Asas Tani melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah disalurkan melalui Ahli Parlimen dimana sebanyak 7 buah jeti nelayan masing-masing di Kampung Jangkit,Sinapokan Ilanun,Mempakul,Kampung Darat Laut,Kampung Darat Seragam Pogong,dan Sinapokan telahpun dilaksanakankan dimana setiap sebuah jeti menelan kos sebanyak RM25,000

“ Ini merupakan antara komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas yang lebih baik dan sempurna khususnya untuk keperluan masyarakat nelayan memunggah hasil tangkapan mereka di kampung kampung yang terlibat” katanya Oleh Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment