Thursday, June 3, 2010

KERAJAAN TIDAK PINGGIRKAN GOLONGAN BELIA DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN



RESMI…Kelihatan Lajim diiringi oleh Yusuf ,Said dan Isnin memotong riben sebagai symbol perasmian gelanggang tersebut


BEAUFORT: Kepentingan masyarakat belia di Negara ini tidak akan dipinggirkan dalam setiap dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan mengiktiraf sumbangan kaum belia dalam proses pembangunan negara, kerana menyedari masyarakat belia merupakan asset yang berharga yang akan menjadi pemimpin pelapis bagi meneruskan proses pembangunan negara pada masa akan datang.

“Belia berinovasi, kreatif, berdaya saing dan bertenaga menjadi tuntutan masa kini terhadap kualiti diri yang mesti dimiliki oleh setiap mereka kerana itulah kerajaan terus memperkasa penglibatan kaum belia dalam proses pembangunan Negara” katanya ketika ditemui selepas merasmikan gelanggang fustal di kampong Rancangan Klias dekat sini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah Yusuf Haji Long Penolong Pegawai Daerah Beaufort Said Othman Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih Pegawai Penerangan bahagian Beaufort Sufian Musa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rancangan Jumadi Abd.Hamid.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort pelbagai program dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan khususnya untuk memperkasakan golongan belia di Negara ini, ini termasuklah dalam bidang pendidikan,latihan kemahiran ekonomi dan juga program program mempertingkatkan kualiti kepimpinan serta jatidiri golongan belia.

“Potensi belia perlu digilap menerusi latihan dan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan melalaui kementerian. Belia dan Sukan termasuk pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang lain” katanya

Mengulas mengenai gelanggang Fustal yang beliau resmikan itu, Lajim berkata ianya merupakan antara makanisme kerajaan untuk melibatkan golongan belia dalam aktiviti aktiviti yang sehat dan bermanaafat bagi menghindari golongan belia terjebak dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermoral

Menurut beliau kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM180,000.00 bagi membena gelanggang fustal tersebut dan ianya akan terus dilaksanakan di beberapa buah kampong lagi di kawasan Parlimen Beaufort pada masa akan datang bagi membolehkan kaum belia dapat memanafaatkan gelanggang fustal sebagai pusat riadah.

No comments:

Post a Comment