Friday, October 1, 2010
MPP MAINKAN PERANAN MAJUKAN SEKTOR PERTANIAN DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT
MANTAP…Lajim (tengah) bersama ahli jawatankuasa (MPP) Parlimen Beaufort merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) Kawasan Parlimen Beaufort agar terus memainkan peranan bagi menjadikan sekotar pertanian sebagai sumber ekonomi rakyat khususnya di kawasan tersebut.
Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata majlis tersebut akan memainkan peranan membantu beberapa beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor tersebut khususnya di kawasan Parlimen Beaufort bagi mengenal pesti sektor pertanian yang boleh dibangunkan dan dimajukan agar penglibatan masyarakat dalam sektor ini menyeluruh dan berdaya maju.
“ Disamping memberikan pandangan dan cadangan majlis ini juga melalui peruntukan yang diperolehi turut memberikan peruntukan bagi melaksanakan beberapa projek khususnya dalam mempertingkatkan kemudahan asas yang diperlukan oleh masyarakat petani dan nelayan di kawasan ini” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa (MPP) kali Kedua di salah sebuah hotel di sini petang kemarin.
Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten, Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Penolong Pegawai Daerah Menumbok Awang Damit Abd.Razak dan Pengerusi pertubuhan Peladang kawasan Kuala Penyu Zahari Mohd.Zinin.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, setakat ini majlis tersebut telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000.00 dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan setakat ini beberapa projek seperti membina jeti, jambatan,membersihkan parit dan juga membina gerai gerai untuk keperluan para pengusaha dalam bidang pertanian telah dilaksanakan untuk kemudahan mereka memasarkan hasil hasil pertanian.
Dalam perkembangan yang sama Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berharap agar beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor pertanian sentiasa turun padang memantau serta membantu dari segi khidmat nasihat kepada para petani dan nelayan yang terlibat dalam sektor ini.
“ Selain komitmen kita membantu para petani dan nelayan di kawasan ini, kita juga berharap rakyat mengubah sikap dan cara mereka berfikir bagi menjadikan sektor ini berdaya maju dan boleh membantu mempertingaktkan ekonomi mereka seharian khususnya dalam menghapuskan jurang kemiskinan di kawasan ini” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment