Friday, November 19, 2010
TANDAS JALANAN DIPERKENALKAN DI TEMPAT AWAM
Bersama dengan para penerima dalam anugreh Tandas Bersih dari pelbagai ketegori pada majlis tersebut
KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan tandas jalanan di tempat-tempat awam yang sibuk bagi kegunaan dan keselesaan orang ramai.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, tandas jalanan ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan hanya memerlukan yang kecil untuk didirikan.
“ Bayangkan jika kita tiba-tiba perlu ke tandas di tempat awam yang tandasnya rosak dan kotar atau tiada tandas sama sekali ,saya rasa pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas awam yang bersihnya” katanya ketika melancarkan Kempen Kebersihan Tandas Awan Peringkat Bandar raya di sini petang kemarin.
Hadir sama Ketua Pengarah Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai,Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya DBKK Robert Lipon dan Pegawai Daerah Papar Iman Ali.
Menurut Lajim kerajaan Pusat memandang serius isu kebersihan tandas awam di Negara ini, dan sebab itu kementerian mengambil initiatif mengambil strategi dan melaksanakan usaha bagi mempertingkatkan tahap kebersihan tandas awam ke peringkat kelas dunia.
“ Bagaimanapun usaha ini amat bergantung kepada sikap orang ramai yang menggunakan tandas awam agar memiliki kesedaran serta tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihannya” katanya.
Beliau menambah “Kempen Kebersihan Tandas bersih” merupakan sebahagian daripada strategi bagi mencapai sasaran tersebut yan diharapkan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menjaga kebersihan andas, sekali gus meningkatkan imej Negara terutamanya dalam sektor pelancongan.
Sempana kempen tersebut pelbagai anugreh kebersihan tandas turut diberikan dalam beberapa ketegori iaitu ketegori sekolah rendah,menangah,pusat membeli belah dan juga stysen minyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment