Saturday, November 27, 2010

30 PERATUS KOUTA UNTUK AHLI AHLI PBTM DUDUKI RUMAH PPR






ANUGREH…Lajim diiringi oleh Naib Presiden PBTM Sharuddin Haji Omar dan Yang Dipertua (PBTM) Bahagian Negeri Sabah Abd.Sanon Haji Sapari menyemat pingat (PSSB) PBTM kepada Haji Jindeh Ansim dari PBTM Cawangan Kota Kinabalu pada majlis tersebut



KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukan kouta sebanyak 30% bagi ahli-ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di negeri ini untuk menduduki rumah di program Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kouta tersebut hanya untuk ahli-ahli PBTM yang berdaftar di negeri ini dan mereka boleh memohon melalui PBTM bagi mendapatkan perumahan dibawah skim tersebut mengikut lokasi daerah di negeri ini yang mempunyai projek (PPR)

“ Sebagai Timbalan Menteri, saya memberikan jaminan kouta ini kepada ahli-ahli PBTM di negeri ini yang sebelum ini terpaksa menyewa rumah pada kadar yang tinggi selepas mereka bersara dari perkhidmatan tentera dan bertugas di lain lain sektor perkerjaan di kawasan bandar ”katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung (PBTM) Bahagian Negeri Sabah yang ke-29 di sini pagi kemarin.

Hadir sama Naib Presiden PBTM Kapt.Shahruddin Haji Omar dan Yang Dipertua (PBTM) Bahagian Negeri Sabah Abd.Sanon Haji Sapari.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort beliau dimaklumkan ada pesara tentera yang menjadi ahli PBTM dan berkerja di beberapa buah syarikat swasta di Bandar Bandar utama di negeri ini terpaksa menyewa rumah pada kadar sewaan yang agak tinggi

“ Dengan memberikan mereka peluang untuk tinggal di PPR ianya boleh meringankan beban kewangan mereka dimana kadar sewaan bulananya jauh lebih murah iaitu sekitar RM124 ke 150 sebulan” katanya

Menurut Lajim Kerajaan amat menghargai sumbangan dan pengorbanan bekas anggota tentera terutamanya dalam menjaga keamanan negara selama ini, justeru peluang ini adalah sebagai membalas jasa baik serta pengorbanan yang mereka lakukan sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berharap agar PMBTM mengikis perpapsi yang persatuan tersebut hanya “persatuan berharap kepada sumbangan” sebaliknya menurut beliau PBTM perlu berusaha bagi memperkukuhkan keupayaan serta kemampuan ahli-ahlinya untuk bersaing dengan merebut pelbagai peluang terutamanya dalam sektor ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.

Katanya, PBTM perlu bijak merancang serta melaksanakan program yang mampu memperkasakan kedudukan kewangan PBTM termasuk ahli-ahlinya dengan menceburi pelbagai bidang dan peluang terutamanya dalam meningkatkan taraf siso ekonomi ahli-ahlinya di negeri ini.

“ Dalam Bajet 2011 kerajaan mengwujudkan program Latihan 1 Malaysia yang memperuntukan 500 juta untuk program program latihan dan teknikal yang mana ahli-ahli PBTM boleh merebut peluang yang disediakan ini” katanya

Tambahnya dengan adanya perancangan serta perlaksanaan program program yang bermanafaat untuk ahli-ahlinya ianya akan memberikan ransangan kepada bekas-bekas anggota tentera yang belum lagi menjadi ahli untuk mendaftar menjadi ahli PBTM.

No comments:

Post a Comment