Saturday, December 11, 2010

28 BUAH RUMAH DAIF DIBANTU DIPERBAIKI DI PROGRAM HOUSE BULID SEJAK TAHUN LEPAS






SERAH….Kelihatan Lajim sambil disaksikan oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo, Pegawai daerah Edmond Teo ,Pengerusi Penganjur Datuk Kimjus Duim dan Timbalan Ketua Umno Bahagian beaufort Isnin Aliasnih ketika menyerahkan repelika kunci sebagai simbol penyerahan program House Build kepada Jalil Awang Damit salah seorang penerima bantuan tersebut


KUALA PENYU: Sejak tahun lepas sebanyak 28 buah rumah keluarga yang kurang berkemampuan di negeri ini telah dibantu diperbaiki melalui program House Bulid

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Projek House Bulid dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian beliau yang disalurkan kepada Habitat For Humanity (HFH) Malaysia iaitu satu pertubuhan bukan kerajaan NGO yang aktif dalam melaksanakan kerja-kerja mambik pulih serta membina semula rumah golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia

“ Projek House Build yang diperkenalkan pada tahun 2009 oleh kementerian saya bertujuan untuk mambaik pulih rumah rumah usang keluarga yang memerlukan di kawasan yang dikenal pesti melalui PBT” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat dan Penyerahan Projek House Bulid kepada tiga orang penerima di kampung Tenambak dekat sini kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kebanyakan bantuan dibawah program House Build disalurkan kepada golongan sasaran di kawasan luar bandar dimana rumah rumah yang dipilih berdasarkan kepada isirumah yang telah didaftarkan di bawah sistem e-kasih Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ISU) Jabatan Perdana Menteri disamping berpandukan laporan yang diberikan oleh Pejabat Daerah dan PBT di kawasan masing-masing.

“ Oleh kerana peruntukan untuk program ini agak terhad dalam masa setahun kita hanya dapat membantu antara dua hingga ke tiga buah rumah yang benar benar memerlukanya dimana projek ini hanya tertumpu kepada kerja membaik pulih rumah daif yang dikenal pasti menerusi program e-Kasih.” Katanya.

Dalam perkembangan lain, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memberitahu, kementeriannya tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan dan memperluaskan projek House Build selepas ini.

Namun, katanya, langkah itu hanya akan dibuat sekiranya projek perintis yang dilaksanakan sebelum ini berjaya mencapai sasarannya dan menerima maklum balasa yang positif dari penerima.

''Sekiranya berjaya, kita akan memohon daripada kerajaan untuk mendapatkan peruntukan tetap bagi menjayakan projek House Build ini selepas ini," katanya.

Sementara itu salah seorang penerima program House Bulid Jalil Awang Damit ketika ditemui memberitahu, dia gembira kerana selepas ini dia keluarganya akan hidup dalam keadaan yang lebih sempurna di rumah yang didiaminya

Katanya, sebelum ini keadaan rumahnya agak kurang selesa dan selamat dengan beberapa kerosakkan sebelum ini, namun melalui bantuan tersebut segala kerosakan pada rumah yang didiaminya dapat diperbaiki segara” .

“Saya bersyukur dengan keprihatinan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan kerana menyalurkkan bantuan untuk saya membaiki rumah saya yang lebih selesa sama seperti keluarga lain," katanya

No comments:

Post a Comment