Thursday, October 22, 2009

Cadangan adakan perhimpunan Umno bergilir belum sesuai untuk Sabah







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringi oleh Bendahari Umno Bahagian Beaufort Mohd.Zahari Zinin bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis tersebut

LABUAN: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lajim Haji Ukin berkata, cadangan untuk mengadakan perhimpunan agung Umno secara bergilir di setiap ibu negeri perlu kajian mendalam terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
Katanya, bagi negeri Sabah ia amat sukar dan tidak relevan untuk dilaksanakan ketika ini, kerana ia memerlukan persediaan logistik yang lebih besar di samping memerlukan kos yang tinggi.
“Bagi negeri-negeri di Semenanjung mungkin ia dapat dilaksanakan kerana ahli-ahli perwakilan boleh menaiki bas untuk menghadiri perhimpunan yang dibuat di luar daripada Kuala Lumpur… tetapi bagi Sabah ia memerlukan penerbangan yang sudah pasti kos pengangkutannya terlalu mahal,” katanya ketika mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang mahu Perhimpunan Agung Umno di bawa ke setiap ibu negeri secara bergilir-gilir.
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort di temui pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Hari Raya bersama warga kawasan Parlimen Beaufort di Dewan SJKC Chi Wen, di sini pada Ahad.
Turut hadir, Bendahari Umno Beaufort, Zahari Zinin, Pengerusi Penganjur Jonshin Haji Suntrak, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Labuan, Johari Abidin serta kira-kira 1,500 warga Beaufort.
Pada Sabtu, Wakil Pergerakan Pemuda Umno Sabah, Mohd Joh Wid mencadangkan perkara itu ketika membahaskan usul terima kasih atas ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Khairy Jamaluddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Menurut Lajim, persidangan yang diadakan setiap tahun di PWTC tidak seharusnya dibawa keluar daripada Kuala Lumpur kerana PWTC adalah pusat dan ibu pejabat Umno yang bukan saja mempunyai kelengkapan serta kemudahan yang lebih baik tetapi juga dapat memberikan keselesaan kepada ahli-ahli Umno yang menghadiri persidangan itu.
Ditanya mengenai sikap ahli-ahli dan pemimpin Umno yang masih mengunakan taktik kotor seperti cantas mencatas untuk mendapatkan jawatan dalam parti, beliau berkata kegiatan inilah yang telah menyebabkan Umno tewas dikebanyakan kawasan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12.
Katanya, kegiatan seperti ini perlu dikikis segera jika ingin melihat semula Umno menjadi parti yang kuat, dan parti yang disukai oleh rakyat.

Saturday, October 17, 2009

UMNO SABAH JANGAN LEKA DENGAN TANGGAPAN FAX DEPOSIT BN







SIDANG MEDIA…Lajim ketika bercakap kepada wartwan semasa mengadakan sidang media di hari terakhir perhimpunan Umno.

KOTA KINABAU: Angapan Umno Sabah sebagai Simpanan Tetap (Fax Deposit) seharusnya tidak melekakan pemimpin dan ahli parti khususnya di Sabah untuk terus berkerja keras dalam melakukan proses tranformasi untuk memperkasakan kekuatan parti.

Ahli Majis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, apa yang dianggap sebagai Simpanan Tetap ini perlu ditambah nilai dari masa ke semasa ibarat menambung ianya semakin bertambah dan dalam kontek parti ianya mampu mencipta keyakinan kekuatan serta kejayaan agar parti terus relevan di mata rakyat.

“ Pemimpin dan ahli parti khususunya di Sabah tidak perlu leka dengan kekuatan yang sedi ada dan kelebihan ini juga janganlah dikaitkan dengan tanggapan negetif pemimpin Umno di negeri ini akan menjadi “Broker Kuasa” Katanya semasa sidang media selepas persindangan Umno 2009 berakhir pada petang jumaat lepas

Menurutnya tidak ada “demand” secara terbuka tapi ianya akan dilakukan secara berhemah sesuai dengan keperluan serta aspirasi rakyat Sabah yang memerlukan pemimpin yang boleh membawa mewakli mereka mengemukakan sebarang isu serta masalah untuk dibincangkan d peringkat kerajaan dan parti selaras dengan keperluan pembangunan yang masih diharap-harapkan oleh rakyat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, Umno juga mesi prihatin dengan kedudukan Sabah sebagai sebuah negeri yang luas yang mana faktor ini menyebabkan proses mengundi tidak boleh dilakukan serentak seperti kehendak pindaan perlembagan.

“ Kita mempunyai beberapa bahagian yang agak terpencil di beberapa kawasan khususnya di kawasan Pedalaman yang memerlukan barisan jawatankuasa Pemilihan Umno yang benar-benar berwibawa dan cekap untuk menguruskan proses pemilihan tetap serentak seperi di Semananjung” katanya.

Lajim menambah walaupun ada kekangan bagi melaksanakan proses pemilihan ini, beliau yakin proses demokrasi akan tetap berlaku pada Umno Sabah dan ahli Umno Sabah perlu menerima saranan Presiden dan pemimpin Umno untuk berkerjasama dan bertolak ansur bagi menentukan Umno dan BN Sabah akan kekal menjadi Simpanan Tetap sebagai penyumbang terbesar kejayaan cemerlang BN pada pilihanraya umum akan datang.

Menurut Lajim lagi turut menjadi kritikal selepas pindaan perlembgaan pada perhimpunan agung kali ini, Umno tidak boleh berlengah lagi sementera rakyat mlihat parti ingin berubah.

“ Kerja bertangguh atau berlengah akan memburukkan keadaan kerana rakyat akan menuduh parti seperti “cakap tidak serupa Bikin” katanya

Sehubungan dengan itu Lajim berkata, pemimpin dan ahli Umno proses transformasi yang dilaung-laungkan semasa perhimpunan kali ini perlu digerakan serta merta bukan sahaja kalangan pemimpin tertinggi parti, namun semua peringkat kepimpinan termasuklah ahli di peringkat akar umbi”

“ Yang penting ialah selepas perhimpunan ini ialah langkah susulan,gerak kerja untuk merakyatkan parti perlu diterjemahkan dalam bentuk pendekatan dan program yang dilaksanakan yang mecerminkan hasrat Presiden agar parti menjadi Juara kepada rakyat” tegas Lajim.

Pastinya, turut penting pemimpin MT perlu menemui kepemimpinan Umno negeri dan bahagian bagi memeincikan transformasi secara” fisrt hand” sebelum diturunkan ke akar umbi.

Mengulas isu pindaan perlembagaan parti yang menghapuskan berapa perkara antara system kouta dalam soal pemilihan Lajim berkata, ini merupakan kesungguhan parti untuk merakyatkan parti dan menyuburkan system demokrasi,

“ Pindaan perlembagaan ini memungkin satu hari nanti siapa sahaja ahli Umno layak bertanding untuk menjadi Presiden dan seterusnya barisan ahli majlis tertinggi, bagaimanapun ahli Umno perlu bijak menlai dalam menentukan calon yang boleh diketengahkan dengan konsep berkhidmat jepada rayat akar umbi ikhas dan tawaduk kerana proses memilih pemimpin amat penting menentukan masa depan bangsa agama dan Negara” jelas Lajim

PRESIDEN UMNO KOMITED LAKUKAN TRANSFORMASI KATA LAJIM




MESRA…Kelihatan Lajim bersama Presiden parti PPP Datuk M. Kayveas, Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam dan Datuk Rais Yatim dan berbual mesra semasa menunggu ketibaan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di dewan PWTC pagi kemarin.

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar komited melaksanakan perubahan dalam parti bagi mengembalikan sokongan rakyat.

Beliau berkata ucapan yang disampaikan Perdana Menteri itu penuh semangat dan menggariskan beberapa cara untuk Umno mendekatkan diri dengan rakyat.

“Penekanan terhadap usaha mendekatkan diri (pemimpin) dan parti dengan rakyat itu penting selaras dengan Gagasan 1 Malaysia rakyat didahulukan manakala pencapaian diutamakan begitu amat relevan dalam melaksanakan perubahan parti agar parti dan juga pemimpin boleh memahami aspirasi rakyat yang sebenarnya , ," katanya kepada pemberita semasa Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Menurut Lajim apabila konsep ini dapat dibudayakan sepenuhnya keyakinan rakyat terhadap hala tuju dan perjuangan parti Umno dan Barisan Nasional akan bertambah dan ini akan memberikan kekuatan kepada parti dan kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan khususnya dalam mencapai Wawasan 2020

Lajim menambah walaupun tempoh dua tahun adalah jangka masa yang singkat untuk Umno dalam melakukan perubahan sebelum pilihan raya umum akan datang, ianya boleh dilakukan dengan adanya sokongan pemimpin dan rakyat di semua peringkat
Diajukan soalan Umno perlu menjadi sebuah parti yang perlu memperjuangan semua kepentingan rakyat, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, ianya wajar dilakukan di mana Umno Sabah akan menjadi teladan “ Role Model” dimana berjuang tidak condong kepada satu satu pihak sahaja apabila ahli dan pemimpinnya terdiri dari pelbagai kaum.
“ Ini adalah kelebihan dan keisteimawaan Umno Di Sabah, dimana hubungan harmoni dan semangat setia kawan menjadi penyumbang utama kepada usaha untuk memperkukuhkan disamping mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan barisan Nasional” katanya
Ditanya adakah beliau yakin pindaan perlembagaan Umno mampu menghapuskan gejala politik wang dalam parti, Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berharap tiada lagi anggota Umno akan melakukannya.

" Pindaan perlembganaan ini kita harapkan akan dapat mengengkang politik wang yang akan menjadi barah kepada kekuatan parti, justeru pemimpin dan ahli perlu memahami dan memperkukuhkan iltizam untuk sama menghayati intipati pindaan perlembagaan ini dengan fikiran yang terbuka dan telus melaksanakan tanggungjawab” katanya

Tuesday, October 13, 2009

SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG KHAS UMNO 2009






1 MALAYSIA....Kelihatan Lajim menunjukkan logo 1 Malaysia pada baju yang dipakainya kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Dato Razali Ismail dan bekas Menteri Bersar Perlis Dato Shahidan Kassim sebelum taklimat Presiden bermula kemarin.


PERHIMPUNAN AGUNG ....Perhimpunan Agung Umno 2009 bermula petang kemarin. Perhimpunan kali ini lebih menumpukan perhatian kepada usul lapan pindaan perlembagaan parti yang bakal dibentangkan pada perhimpunan Agung Khas kali ini. Diharapkan perhimpunan kali ini bakal memberikan suntukan baru bagi memperkasakan serta menjadikan Umno lebih demokratik dan telus selaras kehendak semasa. Perhimpunan petang kemarin bermula dengan Taklimat dari Presiden .Perhimpunan kali ini juga menjadi landasan kepada pemimpin dan ahli parti untuk mengeratkan hubungan silatulrahim seiring dengan gagasan Konsep 1 Malaysia dimana pemimpin dan ahli parti khususnya para perwakilan yang hadir mengambil peluang untuk beramah mesra sebelum taklmat bermula. Teks dan Foto Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Monday, October 12, 2009

KEMENANGAN BN DI BAGAN PINANG BUKTI RAKYAT MASIH TERIMA BN LAJIM


KOTA KINABALU : Kemenangan calon Umno 'Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad' dalam pilihan raya Kecil di Bagan Pinang pada ahad lepas dengan memperolehi sebanyak 8,013,000 undi bukti keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional melalui pendekatan konsep 'Satu Malaysia' semakin meningkat

Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin (Gambar )berkata, kemenangan itu cukup bermakna kepada BN apabila Tan Sri Isa menewaskan calos Pas, Zulkefly Mohamad dengan majoriti 5-ribu 435 undi.

Katanya, sebelum ini pihak pembangkang membangkitkan isu 'Tan Sri Isa Abdul Samad' orang lama serta tidak mampu berkhidmat kepada rakyat meleset apabila BN menang selesa di kawasan Bagan Pinang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bengkel Pengurusan Aset Milik pihak Berkuasa Tempatan di sini pada pagi isnin lepas
.
Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata, beliau melihat kini selera pengundi di Bagan Pinang berubah serta yakin hanya Barisan Nasional (BN) mampu membawa pembangunan secara berterusan di negara ini.

Menurutnya, meskipun BN kalah empat pilihanraya kecil sebelum ini namun pendekatan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menepati selera rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau melahirkan keyakinan selera pengundi di negara ini menjelang pilihan raya umum ke-13 akan beralih kepada BN serta memastikan tiada pertukaran kerajaan menjelang 2020.

Ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan umno pada 15 oktober ini Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort berkata, perhimpunan ini akan menumpukan kepada pindahan perlembangan disamping menghapuskan politik wang dalam parti Umno.

Beliau menambah, pindahan itu akan meliputi pemansuhan sistem pemilihan kouta, pembayaran yuran keahlian dan cadangan mengadakan pemilihan serentak setiap tiga tahun di peringkat bahagian di seluruh negara.

Friday, October 9, 2009

Lajim Cadang Anggota UMNO Kurang Tiga Tahun Keanggotaan Tidak Dibenar Bertanding


KUALA LUMPUR, :Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Lajim Ukin (gambar)mencadangkan supaya anggota yang baru menyertai parti itu tidak menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi dalam parti selagi keanggotaannya belum mencukupi tiga tahun.

Beliau berkata selain bertujuan melindungi kemuliaan taraf jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan anggota (MT), langkah itu bertujuan memberikan kefahaman kepada anggota baru mengenai perjuangan parti.

"Kita memikirkan tentang keutuhan parti supaya tidak tercemar dan harus difahami oleh anggota parti. Tujuannya bukan untuk menghalang (seseorang anggota) daripada bertanding tapi asalkan dia mengikut syarat yang ada yang ditetapkan parti.

"Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) tak nak ada lagi sekatan. Benarkan sahaja orang bertanding, tidak ada kuota, tidak ada syarat. Tetapi kita memikirkan kalau itulah yang akan berlaku, maka esok saya masuk Umno, saya boleh lawan apa juga jawatan. Janganlah hari ini masuk, esok terus bertanding," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini pada Jumaat.

Selain itu, Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabah berkata pada pandangannya, untuk bertanding sebarang jawatan tertinggi contohnya Presiden dan Timbalan Presiden, seseorang itu mestilah menjadi anggota MT selama dua penggal untuk jawatan Presiden dan satu penggal untuk jawatan Timbalan Presiden.

"Implikasi yang akan terjadi dalam kelonggaran ini ialah pertama, orang bukan serius bertanding tetapi hanya memerlukan (jawatan) sahaja atau pun sengaja nak ikut bertanding. Jadi, kita tak nak itu (berlaku). Sekurang-kurangnya anggota itu perlulah menjadi anggota (Umno) selama tiga tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan pindaan perlembagaan Umno dan kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya diadakan satu syarat baru bagi memastikan jawatan tertinggi dalam Umno berada di tahap yang dihormati selepas ketiadaan sistem pencalonan atau kuota.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagaimanapun berpendapat cadangan itu bukan bertujuan menyekat mana-mana anggota parti daripada bertanding.

"Kita setuju supaya Presiden dan Timbalan Presiden (dipertandingkan)... tetapi bagi sedikit syarat supaya tidak sewenang-wenangnya orang Umno yang telah menjadi anggota bertanding jawatan Presiden. Untuk bertanding itu dia ada hak tetapi kelayakan untuk bertanding Presiden dan Timbalan Presiden itu mungkin belum sampai.

"Orang yang baru kena belajar cara kepimpinan, kena belajar tentang perjuangan sebenar, belajar bagaimana kita sama-sama boleh menyumbang kepada arah kekuatan parti.

"Bukan masuk parti terus pegang jawatan. Kita tidak akan dapat anggota yang berkualiti dan komited dalam perjuangan dan bukan (tujuan) kita (untuk) halang dia jadi calon," katanya.

Ditanya sama ada cadangan pindaan itu, yang turut menambah jumlah perwakilan seramai 2,500 ke Perhimpunan Agung Umno mampu menghapuskan politik wang dan menjadikan proses pemilihan lebih telus dan demokratik, Lajim berkata jika pindaan baru itu dihayati oleh segenap anggota parti, maka ia dapat menghapuskan politik wang.

"Sistem (yang ada) sekarang ini baik, tapi anggota-anggota parti yang tak ikut sistem ini, tak laksanakan sistem ini dan tak menghayati peraturan Umno. Sepatutnya tak ada masalah kalau ahli parti tidak menerima rasuah, tak minta rasuah, tak beri rasuah dan ia tidak akan berlaku.

"Sistem baru yang akan diperkenalkan ini boleh menyebabkan berlaku rasuah jika anggota Umno tidak sedar dan insaf bahawa perbuatan rasuah adalah salah. Harapan kita supaya orang yang ada wang, yang ada dana ini, jangan buat supaya kita boleh memilih pemimpin yang berwibawa, berkualiti dan bijak," katanya yang juga Anggota Parlimen Beaufort.

Penetapan "Hari Pemilihan Umno" dan menghapuskan sistem kuota adalah antara cadangan yang terkandung dalam draf cadangan konsep pemilihan dan pindaan Perlembagaan Umno.

Perhimpunan Agung Umno 2009 akan diadakan dari 13 Okt hingga 16 Okt ini di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Sunday, October 4, 2009

KRT PERLU JADI AGEN PENGERAK GAGASAN 1 MALAYSIA LAJIM





MESRA…Lajim bersalaman dengan Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musa sejurus tiba di majlis tersebut

BEAUFORT: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di setiap kampong di negeri ini perlu menjadi agen pengerak kepada pencapaian konsep 1 Malaysia bagi membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peranan tersebut perlu dimainkan oleh KRT melalui pelbagai pendekatan dan program yang boleh menwujudkan semangat muhibah di samping mampu mengeratkan hubungan silatulrahim.

“ Konsep 1 Malaysia, bukanlah sekadar retorik semata-mata namun ianya merupakan satu gagasan yang perlu dicapai bagi mengwujudkan sebuah Negara yang rakyatnya terus bersatu padu walaupun ianya terdiri dari pelbagai kaum dan agama” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfiitri Perpaduan 1 Malaysia anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Dewan Masyarakat Pa Musa pagi kemarin.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Dato Hajah Azizah Datuk Mohd.Dun, Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pengarah Perpaduan Dirwan Azool ,Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musa yang mewakili Datuk Sapawi Haji Ahmad dan Penolong Pegawai Daerah Beaufort Mohd.S aid Othaman

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap semua KRT yang ada di negeri ini perlu memahami dan mengamalkan Konsep 1 Malaysia dalam setiap program yang dianjurkan dengan mempestikan semua kaum yang ada dapat disatukan dalam setiap program yang dianjurkan.

“ Tanggungjawab kerajaan dan pemimpin untuk membawa lebih banyak program pembangunan akan menjadi lebih mudah sekiranya rakyat terus bersatu padu menyokong setiap dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan demi untuk kepentingan rakyat” katanya.

Lajim menambah rakyat seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai provokasi yang dimainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya parti parti pembangkang yang mempersoalkan Konsep 1 Malaysia akan menghakis hak dan keistimewaan orang orang melayu dan bumiputera.

Mengulas program tersebut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, ianya merupakan program yang boleh mempupuk perasaan muhibah dan semangat setia kawan dimana konsep rumah terbuka yang menjadi tradisi rakyat di negeri ini turut memainkan peranan penting dalam mengwujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni