Sunday, October 4, 2009

KRT PERLU JADI AGEN PENGERAK GAGASAN 1 MALAYSIA LAJIM





MESRA…Lajim bersalaman dengan Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musa sejurus tiba di majlis tersebut

BEAUFORT: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di setiap kampong di negeri ini perlu menjadi agen pengerak kepada pencapaian konsep 1 Malaysia bagi membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peranan tersebut perlu dimainkan oleh KRT melalui pelbagai pendekatan dan program yang boleh menwujudkan semangat muhibah di samping mampu mengeratkan hubungan silatulrahim.

“ Konsep 1 Malaysia, bukanlah sekadar retorik semata-mata namun ianya merupakan satu gagasan yang perlu dicapai bagi mengwujudkan sebuah Negara yang rakyatnya terus bersatu padu walaupun ianya terdiri dari pelbagai kaum dan agama” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfiitri Perpaduan 1 Malaysia anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Dewan Masyarakat Pa Musa pagi kemarin.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Dato Hajah Azizah Datuk Mohd.Dun, Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pengarah Perpaduan Dirwan Azool ,Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musa yang mewakili Datuk Sapawi Haji Ahmad dan Penolong Pegawai Daerah Beaufort Mohd.S aid Othaman

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap semua KRT yang ada di negeri ini perlu memahami dan mengamalkan Konsep 1 Malaysia dalam setiap program yang dianjurkan dengan mempestikan semua kaum yang ada dapat disatukan dalam setiap program yang dianjurkan.

“ Tanggungjawab kerajaan dan pemimpin untuk membawa lebih banyak program pembangunan akan menjadi lebih mudah sekiranya rakyat terus bersatu padu menyokong setiap dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan demi untuk kepentingan rakyat” katanya.

Lajim menambah rakyat seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai provokasi yang dimainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya parti parti pembangkang yang mempersoalkan Konsep 1 Malaysia akan menghakis hak dan keistimewaan orang orang melayu dan bumiputera.

Mengulas program tersebut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, ianya merupakan program yang boleh mempupuk perasaan muhibah dan semangat setia kawan dimana konsep rumah terbuka yang menjadi tradisi rakyat di negeri ini turut memainkan peranan penting dalam mengwujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni

No comments:

Post a Comment