Thursday, October 29, 2009
FITNAH RACUN KEPADA KEUTUHAN PERPADUAN
AMANAT…Lajim ketika menyampaikan amanat di majlis tersebut
PAPAR: Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin meminta agar budaya menaburkan fitnah melalui blog dan surat layang terutamanya kepada pemimpin pemimpin pertubuhan tersebut yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab diberhentikan.
Katanya, budaya ini akan menjadi racun kepada keutuhan perpaduan yang telah menjadi landasan utama bagi pertubuhan tersebut melaksanakan tanggungjawabnya mengerakkan program dakwah dan syiar Islam di negeri ini yang menjadi asas perjuangan pertubuhan tersebut ditubuhkan.
“ Perbuatan ini bukan sahaja memberikan kesan negetif kepada asas perjuangan (USIA) ditubuhkan namun ianya akan mengugat tahap perpaduan masyarakat Islam sebagai pendokong perjuangan yang telah dilakukan oleh (USIA)” katanya, semasa berucap di majlis perjumpaan muhibah bersama (USIA) bahagian Papar dan Membakut di Rumah Rehat Papar petang kemarin.
Menurut Lajim perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sengaja melemparkan fitnah dengan tujuan tertentu terutamanya untuk menjejaskan imej kepimpinan (USIA) dengan niat untuk menjayakan agenda peribadi.
“ Perlu kita ingat pertubuhan ini adalah pertubuhan Islam, malah Islam turut melarang umatnya menaburkan fitnah ,justeru ahli-ahli (USIA) perlu menangkis segala bentuk fitnah dan adu domba sebaliknya berusaha untuk merapatkan hubungan silatulrahim demi kekuatan dan keunggulan pertubuhan tersebut melaksanakan perjuangan untuk melaksanakan program dakwah” katanya.
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengajak ahli-ahli (USIA) agar sama mengembilng tenaga dan pemikiran bagi sama-sama melaksanakan program yang dirancang oleh pertubuhan tersebut demi kebaikan masyarakat Islam di negeri ini.
“ Jika timbul perasaan tidak puas hati atau kita (ahli-ahli ) mepunyai idea serta pandangan yang baik kita mempunyai saluran tertentu untuk mengemukakan cadangan tersebut bukannya melalui budaya menaburkan fitnah yang tidak berasas” tabah Lajim
Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga mahu semua bahagian (USIA) di negeri ini bukan sahaja merancang dan melaksanakan program program dakwah namun perlu memberikan perhatian terhadap soal pendidikan dan juga ekonomi ahli-ahlinya.
Katanya, ini dapat dilakukan melalui perkongsian bijak dan semangat berkerja dalam satu pasukan bagi mempestikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya dan manafaatnya bukan sahaja di nikmati oleh ahli-ahli (USIA) malah masyarakat Islam yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment