Friday, October 30, 2009

LAJIM AJAK PERGERAKAN PEMUDA UMNO ANJUR PROGRAM BERIKAN DIVIDEN KEPADA RAKYAT DAN PARTI





MUHIBAH…Lajim diiringi oleh Jamawi bersalaman dengan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom sejurus tiba di majlis tersebut
TENOM: Pergerakan Pemuda UMNO perlu memberikan tumpuan terhadap penganjuran program yang memberi pulangan politik kepada parti khususnya Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dalam setiap penganjuran program ianya perlu memberikan manafaat kepada rakyat khususnya program yang boleh menarik minat golongan pengundi muda menyertai Umno dan menyokong BN dalam setiap pilihan raya yang diadakan.
“ Pergerakan Pemuda Umno perlu berani membuat perubahan dan berazam untuk memberi sumbangan luar biasa kepada parti bagi menghidupkan semangat kesukarelaan di kalangan ahli-ahli UMNO khususnya anggota pemuda” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Tenom dekat sini pagi kemarin.
Hadir sama exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar dan Pegawai Daerah Tenom Sarimin Basir
Majlis perjumpaan ini merupakan majlis pertama yang dihadiri oleh Lajim selepas beliau terpilih menduduki barisan ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan awal tahun ini.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan golongan muda perlu dididik untuk menghayati sejarah perjuangan Umno selama ini terhadap bangsa agama dan Negara.
“, Hasrat Presiden parti Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak perlu dihayati kerana aspek perkhidmatan dan kesukarelaan merupakan satu nilai yang kini telah hilang dalam parti UMNO ekoran ledakan kepesatan kemajuan yang berlaku ,namun sebagai golongan muda kita perlu faham dan akur segala kemajuan dan keselesaan yang dinikamti hari ini adalah hasil dari perjuangan Umno sebelum ini” tegas Lajim
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berharap anggota pemuda agar tidak membuat apa-apa tunututan kepada parti, sebaliknya memikirkan apakah sumbangan pemuda kepada parti .
Menurut Lajim melalui pelbagai program dan pendekatan yang dilakukan oleh pergerakan Pemuda 'Dengan pelbagai idea dan pelbagai ragam, tidak terlalu sukar untuk mendampingi golongan muda dengan menjadikan mereka sebagai rakan Pemuda, mendengar pendapat mereka, serta menyelamai perasaan mereka.
Tambah Lajim lagi sememangnya tugas untuk memperbetulkan semula UMNO perlu mempunyai keberanian politik yang tinggi kerana UMNO tidak boleh dibiarkan dalam keadaan tidak menentu, jumud dan tidak berani membuat perubahan. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment