Thursday, October 22, 2009

PANGKALAN DATA DIWUJUDKAN BAGI KESAN PENGUNDI PARLIMEN BEAUFORT DI LABUAN




MESRA…Lajim bersalaman dengan pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort sejurus tiba ke majlis tersebut

LABUAN: Sebuah pengkalan data bagi mengumpul maklumat pengundi luar khususnya dari kawasan Parlimen Beaufort akan diwujudkan.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pengkalan data tersebut akan disalaraskan oleh Pusat Khidmat Parlimen Beaufort dengan kerjasama Umno bahagian Beaufort.

“ Kita mempunyai pengundi luar lebih dari 1000 orang dari kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang yang bertugas di sini, dengan adanya pangkalan data ini akan memudahkan kita mengesan pengundi kita yang berkerja di sini dan ini sekaligus akan memudah tugas kita apabila menghadapi piliharaya umum nanti” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Ftri bersama pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort di Dewan SRJK Chai Wen dekat sini baru baru ini.

Turut hadir Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Zinin, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Labuan Johari Abidin .Pengerusi Penganjur Junsin Haji Suntrak serta hampir 2000 orang warga dari Parlimen Beaufort yang bertugas di Pulau Bebas Cukai ini.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, seorang pegawai dari Pusat Parlimen Beaufort akan ditempatkan di Labuan dengan menyediakan kemudahan pejabat perhubungan khusus bagi pengundi serta masyarakat dari daerah Beaufort berurusan terutamanya bagi menyelasaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pengundi di sini.

“ Kita akan membuka sebuah pejabat perhubungan dan meletakkan seorang pegawai perhubungan Parlimen di sini pada tahun depan, dan berharap ianya akan memberikan kemudahan kepada orang ramai khususnya penduduk serta pengundi dari Parlimen Beaufort membuat urusan resmi mereka” katanya.

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini meminta pemimpin dan ahli Umno agar mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi atau kelompok tertentu sahaja.

Katanya, dengan meletakkan kepentingan parti lebih dari kepentingan peribadi akan membawa kesan kebaikan untuk memperkasakan perjuangan parti bukan sahaja untuk kepentingan ahli-ahli Umno malah untuk kepentingan semua.

“ Kita akan berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 nanti, seharusnya masa yang ada ketika ini kita perlu terlibat sama memperkasakan arah serta perjuangan parti bukannya mencari kesalahan rakan sendiri kerana ingin mendapatkan jawatan dalam parti” katanya

Beliau meminta pemimpin dan ahli parti agar mengikis sikap melemahkan pemimpin dan parti kerana ianya boleh menjejaskan usaha Umno dan BN untuk mencipta kemenangan cemerlang pada pilihanraya umum akan datang.

2 comments:

  1. kita akan terus mendoakan pimpinan Datuk SP akan terus berjaya membangunkan kawasan Beaufort . Terbukti kekuatan bekerja untuk rakyat dan negara akan menambah keyakian sokongan rakyat akar umbi untuk datuk .... semoaga berjaya . Dari Kg Pintas

    ReplyDelete
  2. selaku rakyat di kawasan mengundi Datuk Sri Penglima , kami bangga anak tempatan beaufort mampu duduk di kursi tertinggi pimpinan negara . rasanya tidak mudah untuk melakukanya . tahniah darai kami rakyat dan pengundi YB Datuk SP ....

    ReplyDelete