Thursday, October 22, 2009
MAJLIS RUMAH TERBUKA BADAN PERHUBUNGAN UMNO SABAH DAN DSP HAJI LAJIM HAJI UKIN MERIAH
SEMANGAT 1 MALAYSIA..Ali,Musa yang diiringi oleh Lajim bersalaman dengan ahli-ahli parti sejurus tiba di majlis tersebut
KUALA LUMPUR: Lebih 4,000 orang pemimpin ,perwakilan serta pemerhati dari seluruh negeri ke Perhimpunan Agung Umno telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dikediaman resmi beliau di Jalan Conlay Kuala Lumpur malam kemarin.
Majlis yang pada awalnya dijadualkan akan dihadiri bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut menarikan perhatian pengunjung bagaimanapun kerana kesuntukan masa Najib yang juga Presiden Umno mempengerusikan mesyuarat AMT pada malam yang sama hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.
Bagaiamanapun acara sambutan terus diadakan dimana kehadiran dua Pemimpin utama Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah dan juga Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam dan Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan turut menceriakan sambutan dan ini dihangatkan lagi dengan persembahan hiburan dari 2 orang artis tanah air Hattan dan pelawak Mr.Oss.
Berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort selaku tuan rumah berkata, majlis tersebut dianjurkan sempana Perhimpunan Agung Umno bagi memberikan ruang dan peluang kepada para perwakilan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan kenal mengenali antara pemimpin dan ahli Umno di seluruh negera.
“ Kita masih berada di bulan Syawal, maka majlis ini amat bertepatan dalam usaha kita merapatkan hubungan silatulrahim antara pemimpin dan ahli-ahli Umno selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan kepentingan perpaduan sebagai eleman utama membina kemajuan dan pembangunan Negara” katanya.
Berucap di majlis yang sama Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berharap melalui konsep Rumah Terbuka yang diamalkan dalam setiap perayaan di Negara ini turut menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan rakyat bersatu padu.
“ Usaha kerajaan dan parti untuk merakyatkan parti agar lebih dekat dan mesra di hati rakyat,memerlukan sokongan semua pihak, justeru pengangjuran majlis seperti ini boleh dijadikan wadah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kaum di Negara ini” katanya.
Sehubungan dengan itu Musa mengajak pemimpin dan ahli Umno menghayati dan melaksanakan hasrat Perdana Menteri agar berani membuat perubahan terutamanya dalam meningkatkan Iltizam serta kesungguhan untuk memperkasakan arah dan perjuangan parti agar sentiasa relevan dan memenuhi kehendak rakyat di peringkat akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan kepada Umno dan Barisan Nasional
“ Sebagai pemimpin dan ahli parti kita perlu bergerak seiringan, bersatu padu agar matlamat untuk memperkaskan parti yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kita laksanakan dimana manafaatnya akan dinikmati oleh secara bersama tanpa meminggirkan mana-mana kaum atau kelomppok” tambah Musa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment