Saturday, October 17, 2009
PRESIDEN UMNO KOMITED LAKUKAN TRANSFORMASI KATA LAJIM
MESRA…Kelihatan Lajim bersama Presiden parti PPP Datuk M. Kayveas, Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam dan Datuk Rais Yatim dan berbual mesra semasa menunggu ketibaan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di dewan PWTC pagi kemarin.
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar komited melaksanakan perubahan dalam parti bagi mengembalikan sokongan rakyat.
Beliau berkata ucapan yang disampaikan Perdana Menteri itu penuh semangat dan menggariskan beberapa cara untuk Umno mendekatkan diri dengan rakyat.
“Penekanan terhadap usaha mendekatkan diri (pemimpin) dan parti dengan rakyat itu penting selaras dengan Gagasan 1 Malaysia rakyat didahulukan manakala pencapaian diutamakan begitu amat relevan dalam melaksanakan perubahan parti agar parti dan juga pemimpin boleh memahami aspirasi rakyat yang sebenarnya , ," katanya kepada pemberita semasa Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Menurut Lajim apabila konsep ini dapat dibudayakan sepenuhnya keyakinan rakyat terhadap hala tuju dan perjuangan parti Umno dan Barisan Nasional akan bertambah dan ini akan memberikan kekuatan kepada parti dan kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan khususnya dalam mencapai Wawasan 2020
Lajim menambah walaupun tempoh dua tahun adalah jangka masa yang singkat untuk Umno dalam melakukan perubahan sebelum pilihan raya umum akan datang, ianya boleh dilakukan dengan adanya sokongan pemimpin dan rakyat di semua peringkat
Diajukan soalan Umno perlu menjadi sebuah parti yang perlu memperjuangan semua kepentingan rakyat, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, ianya wajar dilakukan di mana Umno Sabah akan menjadi teladan “ Role Model” dimana berjuang tidak condong kepada satu satu pihak sahaja apabila ahli dan pemimpinnya terdiri dari pelbagai kaum.
“ Ini adalah kelebihan dan keisteimawaan Umno Di Sabah, dimana hubungan harmoni dan semangat setia kawan menjadi penyumbang utama kepada usaha untuk memperkukuhkan disamping mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan barisan Nasional” katanya
Ditanya adakah beliau yakin pindaan perlembagaan Umno mampu menghapuskan gejala politik wang dalam parti, Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berharap tiada lagi anggota Umno akan melakukannya.
" Pindaan perlembganaan ini kita harapkan akan dapat mengengkang politik wang yang akan menjadi barah kepada kekuatan parti, justeru pemimpin dan ahli perlu memahami dan memperkukuhkan iltizam untuk sama menghayati intipati pindaan perlembagaan ini dengan fikiran yang terbuka dan telus melaksanakan tanggungjawab” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment