Tuesday, January 19, 2010

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA MENTERI SARAWAK







Kelihatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada perjumpaan tersebut

KUNJUNGAN HORMAT….Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Sarawak selama 5 hari turut melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Pejabat Ketua Menteri Wisma Pelita dekat sini mengiringi Lajim semasa kunjungan tersebut Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Arpah Abdul Razak. Semasa kunjungan tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut memaklumkan beberapa program kementerian antaranya penyampaian Geran Tahunan kepada seluruh PBT di negeri Sarawak yang melibatkan peruntukan sebanyak 28,298,991.63 kepada 26 buah PBT di Sarawak dimana pemberian geran tersebut merupakan pertama kali disalurkan oleh kerajaan Persekutuan ke Negeri Sarawak dan juga Sabah.

Semasa kunjungan tersebut Lajim juga turut memaklumkan beberapa program lain turut diadakan antaranya termasuklah program Local Agenda 21 yang diadakan di Kawasan yang diwakili oleh Abdul Taib Mukah/Dalit, Program Penyempurnaan Projek ouse Build di kampong Pulo Hulu dan juga sesi taklimat di Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Mukah

Tuesday, January 12, 2010

PROGRAM "JUARA RAKYAT" DIBUKIT SENTOSA HULU SELANGOR






SEMANGAT 1 MALAYSIA..Kelihatan Lajim bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam bersama pemimpin Umno yang lain memerlihatkan isyarat 1 Malaysia pada majlis tersebut


HADIR MEMBERIKAN SOKONGAN...Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin walaupun mempunyai jadual tugas yang agak ketat di Sabah tidak melepaskan peuang untuk menghadiri Program "Juara Rakyat" yang diadakan di Bukit Sentosa Hulu Selangor baru baru ini. Program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Bin Tun Abdul Razak itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Menteri-Menteri,Timbalan Menteri termasuklah pemimpin pemimpin kanan parti Barisan Nasional.

Mengulas Program tersebut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, ianya merupakan pendekatan terbaik kerajaan dalam merealisasikan slogan 1 Malaysia " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" bukan sekadar retorik semata-mata namun merupakan realiti dalam menentukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa diberikan keutamaan.

Katanya, Program Juara Rakyat merupakan wadah terbaik bagi pemimpin dan rakyat berdamping rapat yang bukan sahaja menjadi medan untuk pemimpin dan kerajaan menyalami masalah rakyat namun ianya mampu dijadikan flatfrom untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira kaum,bangsa dan agama

Monday, January 11, 2010

YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN KETUAI (PBTM) SABAH LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KEATAS YAB KETUA MENTERI SABAH




KUNJUNGAN HORMAT....
UNTUK KENANGAN...Musa,Lajim ,Sanon bersama ahli jawatankuasa (PBTM) Bahagian Sabah merakamkan gambar kenangan diakhir perjumpaan tersebut


Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) bahagian Negeri Sabah yang diketuai oleh Penasihatnya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Yang Dipertua (PBTM) Bahagian Negeri Sabah Abd.Sanon Haji Sapari bersama barisan ahli jawatankuasa tertinggi persatuan tersebut petang kemarin telah melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman di Jabatan Ketua Menteri Wisma Inoperisse Teluk Likas.

Kunjungan tersebut memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa tertinggi baru (PBTM) yang diketua oleh Yang Dipertuanya Abd.Sanon yang dipilih pada pemilhan jawatankuasa baru (PBTM) negeri Sabah baru baru baru ini. Pada perjumpaan tersebut Musa yang juga Menteri Kewangan turut diberikan penjelasan tentang perancangan serta program yang telah sedang dan akan dilaksanakan oleh persatuan tersebut khususnya untuk membantu ahli-ahlinya di seluruh negeri Sabah.

Musa dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kunjungan tersebut berharap (PBTM) dapat memainkan peranan aktif dalam menjelaskan dasar serta program program kerajaan kepada rakyat khususnya kepada ahli-ahli persatuan tersebut. Beliau juga turut berharap agar persatuan tersebut dapat memainkan peranan dalam melaksanakan Gagasan 1 Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai positif agar perpaduan,keamanan serta kemajuan dapat terus dijana bagi menentukan program pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dapat dicapai

Sunday, January 10, 2010

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN KOMPLEKS IBU PEJABAT JBDP SABAH






Pada 8 Januari 2010 baru baru ini,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Dato Seri Kong Cho Ha telah merasmikan Kompleks Ibu Pejabata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah di Jalan Kelombong Kota Kinabalu.Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan.

Saturday, January 9, 2010

PBT Sabah dapat geran bantuan




KOTA KINABALU 9 Jan. - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menerima bantuan antara RM500,000 hingga RM4.5 juta di bawah program pemberian geran tahunan Kerajaan Persekutuan bermula tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jumlah yang diberikan itu setelah mengambil kira jumlah penduduk, perbelanjaan mengurus, keunikan dan taraf sesebuah PBT berkenaan.

''Formula ini sudah digunakan sejak 2006 lagi. Harapan kita bantuan ini akan membolehkan PBT bertindak pantas terhadap setiap masalah yang dihadapi penduduk," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian geran tahunan PBT Sabah di sini malam tadi.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Lajim Ukin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd. Noor.

Pemberian geran tahunan di bawah Akta Pemberian Kepada Negeri (Penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan) 1981, sebelum ini hanya terhad untuk PBT di Semenanjung tetapi diperluaskan kepada PBT Sabah dan Sarawak mulai tahun ini.

Cho Ha berkata, sebanyak RM34.56 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk mengagihkan bantuan berkenaan kepada PBT di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri perlu mengadakan perjumpaan yang lebih kerap dengan PBT bagi memantau dan menambah baik operasi sesebuah PBT berkenaan.

"Pegawai dan kakitangan PBT perlu diterapkan dengan sikap mahu menyegerakan tugas dan mengubah pendekatan perkhidmatan melangkaui kebiasaan," katanya.

Sementara itu, Cho Ha berkata, sehingga 25 Disember tahun lalu, sebanyak 85 peratus atau RM36.5 juta daripada peruntukan RM42.8 juta telah dibelanjakan PBT Sabah bagi melaksanakan projek-projek kecil PBT di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau menambah, PBT Sabah turut cemerlang apabila berjaya melaksana dan menyiapkan semua projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua membabitkan 432 projek bernilai RM35.7 juta.

34.56 Juta Diperuntukan kepada PBT Di Seluruh Sabah






Tahniah..Lajim diiringi oleh John dan Edmond ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kaki tangan Majlis Daerah Kuala Penyu sempena majlis tersebut

KOTA KINABALU : Kerajaan Melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukan sebanyak RM 34.56 juta ringgit kepada 22 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi meningkatkan pembangunan dan prasarana

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, peruntukkan itu digunakan untuk merancang, merangka serta melaksanakan suasana pembangunan PBT teratur dan bersismetik.


Katanya, dalam RMK-9 sejumlah 42.8-juta ringgit diperuntukkan bagi melaksanakan 310 projek kecil di bawah kendalian PBT di negeri ini.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Seribu Kenangan sempena Anugerah Pekan Terbersih Seluruh Sabah Tahun 2009 Majlis Daerah Kuala Penyu, di Grand Ballroom 1 Borneo malam tadi

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai daerah yang juga Pengerusi Majlis Daerah Kuala Penyu Edmond Teo ,Timbalan Setausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Rayman Loudrize dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd.Fazlee Lee Abdullah

Lajim menambah , di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua sejumlah 35.7-juta ringgit melibatkan 432 projek dilaksanakan di negeri ini.


Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, bagi tahun ini kementerian beliau telah memperuntukkan sebanyak RM 33 juta di bawah Projek BP.1 di negeri ini dimana dari jumlah tersebut daerah Kuala Penyu Kementeriannya menyalurkan 1.5-juta ringgit untuk melaksanakan projek kecil di kawasan daerah tersebut

Dalam perkembangan lain Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berkata, pengiktirafan sebagai 'Pekan Terbersih' oleh Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar negeri membuktikan pengurusan Majlis Daerah Kuala Penyu komited bekerja dalam satu pasukan.


Beliau menambah, karenah mengurangkan birokrasi, menyegerakan penyelesaian aduan awam serta menubuhkan sistem pemantauan bagi memastikan misi dan visi dapat dijayakan di masa depan

Sunday, January 3, 2010

PERCEPATKAN RAYUAN JANGAN ROBEK SENSITIVITI UMAT ISLAM




KOTA KINABALU: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) meminta pihak yang berkenaan agar mempercepatkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Presidennnya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggunakan saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu yang disifatkan merobek sensitiviti umat Islam.

" Perkara ini perlu ditangani secara bijaksana dan berhemah agar ianya tidak menyentuh sensitivity masyarakat Islam di Negara ini " katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (PBBS) di sini petang kemarin dan diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam perlembagaan.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) rayuan perlu dilakukan kerana keputusan tersebut tidak bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di antara agama-agama lain di negara ini.

Lajim menambah bagi memastikan negara kekal aman katanya, setiap orang di negara ini perlu saling mengambil kira soal sensitiviti agama dan kaum

Terdahulu ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut Lajim berkata persatuan tersebut akan mengadakan mesyuarat agungnya ke 19 yang dijadualkan akan diadakan pada 31 Jan depan bertempat di Dewan masyarakat Pa Musa Beaufort

Menurut beliau Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman dijangka akan merasmikan mesyuarat agung kali ini.

" Mesyuarat Agung tahun ini dianggap sebagai mesyuarat agung penting dimana semua perwakilan (PBBS) dari seluruh daaerah ini di negeri ini akan memilih ahli jawatankuasa baru untuk menerajui kepimpinan (PBBS)" katanya.

Dalam perkembangan yang sama Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengingatkan ahli-ahli persatuan tersebut terutamanya perwakilan yang akan menghadiri mesyuarat agung kali ini agar lebih mengutamakan konsep perpaduan dalam persatuan.

Katanya perpaduan merupakan eleman yang cukup penting bagi persatuan tersebut untuk terus maju ke hadapan dalam mendokong segala dasar dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan agar masyarakat Bisaya tidak akan terpinggir dari arus kemajuan perdana Negara.