Monday, October 11, 2010

AHLI PARLIMEN BEAUFORT TERIMA PINGAT DSCM MEMBAWA GELARAN DATUK WIRA



PINGAT DSCM …Kelihatan Khalil ketika menyarungkan pingkat DSCM yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Lajim semasa majlis penganugrehan tersebut


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin merupakan antara kenamaan dari Sabah yang menerima Anugreh Bintang kebesaran negeri Melaka baru-baru ini dari Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd.Khalil Yakoob sempana sambutan ulang tahun ke-72 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka,di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka. Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menerima pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DSCM) yang membawa Gelaran Datuk Wira.

Friday, October 8, 2010

JBPM SELAMATKAN HARTA BENDA BERNILAI LEBIH DARI RM1b





KEMPEN…Lajim sambil diperhatikan oleh pengarah JBPM Labuan menyerahkan alat pemadam api kepada Ahli Parlimen Labuan Yusuf Mahal sempana majlis tersebut

LABUAN:Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia(JBPM) berjaya menyelamatkan harta benda di seluruh negara bernilai RM1.056 bilion sepanjang 2009.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,berkata dalam tempoh yang sama jabatan itu juga merekodkan sebanyak 56,643 panggilan kecemasan di seluruh negara manakala bilangan kematian yang dicatatkan untuk tempoh yang sama ialah seramai 76 orang.
Beliau menambah sehingga Ogos tahun ini JBPM berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM59,154 juta melibatkan panggilan kecemasan sebanyak 4,440 panggilan dan jumlah kehialngan nyawa untuk tempoh yang sama berjumlah 6 orang.
Selain itu menurut beliau sejak tahun 2009 JBPM juga mencatatkan seramai 58 orang mengalami kecederaan akibat daripada kebakaran.
“ Jumlah yang dicatatkan ini merupakan satu jumlah yang agak besar yang membawa kerugian kepada negara dan rakyat dan menyedari hakikat ini pihak Kementerian akan terus memberikan sokongan kepada JBPM dalam usahanya memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai rasiko dan bahaya kebakaran termasuk mengkaji semula kaedah pelaksanaan kempen yang dijalankan selama ini” katanya
Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika berucap ada Majlis Bomba bersama masyarakat dan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota bomba dan pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort di dewan SK Chai Wen di sini malam kemarin.
Hadir sama Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal,Pengarah JBPM Labuan Norizan Haji Sulaiman,Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Yunus Haji Kurus,Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan isteri Lajim Datin Seri Hajah Normilah Siong.
Lajim menambah kementerian beliau juga telah menyalurkan peruntukan yang agak besar sebagai usaha memberikan kesedaran mengenai kebakaran kepada orang ramai,dokumentasi dan penerbitan termasuklah menggalakkan masyarakat setempat menumbuhkan Unit Bomba Sukarela di kawasan masing-masing.
Dalam perkembangan yang sama Ahli majlis Tertinggi Umno ini berkata, kementerian beliau juga telah memperuntukan sebanyak RM63,000 kepada JBPM Labuan bagi keperluan membeli peralatan dan bahan kempen disamping menganjurkan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan bahaya kebakaran dan kebombaan.
Terdahulu dari itu Lajim turut menyampaikan peralatan kempen pencegahan kebakaran kepada ketua-ketua kampung dan ketua jabatan kerajaan disamping beliau bersama isteri dan ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort turut beramah mesra dengan masyarakat khususnya pengundi beliau dari kawasan Parlimen Beaufort yang bertugas di Pulau Bebas cukai itu.

UCAPAN TAHNIAH


SIDANG EDITOR PARLIMEN BEAUFORT INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN SETINGGI TAHNIAH DAN SYABAS
KEPADA YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA MERANGKAP AHLI PARLIMEN BEAUFORT DI ATAS PENGURNIAAN PINGKAT DARAH CEMERLANG SERI MELAKA (DSCM) YANG MEMBAWA GELARAN " DATU WIRA" OLEH TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA TUN MOHD KHALIL YAAKOB SEMPANA SAMBUTAN ULANG TAHUN TYT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA KE 72 HARI INI

Friday, October 1, 2010

MPP MAINKAN PERANAN MAJUKAN SEKTOR PERTANIAN DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT






MANTAP…Lajim (tengah) bersama ahli jawatankuasa (MPP) Parlimen Beaufort merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat tersebut


KOTA KINABALU: Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) Kawasan Parlimen Beaufort agar terus memainkan peranan bagi menjadikan sekotar pertanian sebagai sumber ekonomi rakyat khususnya di kawasan tersebut.

Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata majlis tersebut akan memainkan peranan membantu beberapa beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor tersebut khususnya di kawasan Parlimen Beaufort bagi mengenal pesti sektor pertanian yang boleh dibangunkan dan dimajukan agar penglibatan masyarakat dalam sektor ini menyeluruh dan berdaya maju.

“ Disamping memberikan pandangan dan cadangan majlis ini juga melalui peruntukan yang diperolehi turut memberikan peruntukan bagi melaksanakan beberapa projek khususnya dalam mempertingkatkan kemudahan asas yang diperlukan oleh masyarakat petani dan nelayan di kawasan ini” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa (MPP) kali Kedua di salah sebuah hotel di sini petang kemarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten, Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Penolong Pegawai Daerah Menumbok Awang Damit Abd.Razak dan Pengerusi pertubuhan Peladang kawasan Kuala Penyu Zahari Mohd.Zinin.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, setakat ini majlis tersebut telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000.00 dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan setakat ini beberapa projek seperti membina jeti, jambatan,membersihkan parit dan juga membina gerai gerai untuk keperluan para pengusaha dalam bidang pertanian telah dilaksanakan untuk kemudahan mereka memasarkan hasil hasil pertanian.

Dalam perkembangan yang sama Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berharap agar beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor pertanian sentiasa turun padang memantau serta membantu dari segi khidmat nasihat kepada para petani dan nelayan yang terlibat dalam sektor ini.

“ Selain komitmen kita membantu para petani dan nelayan di kawasan ini, kita juga berharap rakyat mengubah sikap dan cara mereka berfikir bagi menjadikan sektor ini berdaya maju dan boleh membantu mempertingaktkan ekonomi mereka seharian khususnya dalam menghapuskan jurang kemiskinan di kawasan ini” katanya.

Thursday, September 30, 2010

PERPADUAN KAUM SENTIASA DIPERKASAKAN





Datuk Kimjus yang Mewakili Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringi oleh Pengerusi Penganjur Abdul Rahman Mohd Taib ketika menyampaikan ang pow sumbangan Labuan Labuan Ferry Corp kepada salah seorang penerima di majlis tersebut


MENUMBOK: Perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan kaum merupakan perjuangan yang tiada bersempadan dan tiada penghujungnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata sebagai sebuah negara yang sedang dalam usaha memantapkan proses pembinaan negara-bangsanya, pelbagai usaha sedang dan akan terus dilaksanakan untuk menjamin perpaduan kaum terus dipertahan dan diperkukuhkan.

“ Kerana itu kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1 Malaysia, agar usaha untuk mempertahankan serta memperkukuhkan perpaduan kaum di negara ini terus terpelihara” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kueh Bulan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pui Hwa anjuran bersama Lembaga Pengurusan Sekolah dan Persatuan Ibubapa Guru sekolah tersebut , di sini malam kemarin.

Teks ucapan beliau disampikan oleh Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim yang mewakili Lajim bagi merasmikan majlis tersebut dimana ianya juga turut dihadiri, bersama bekas ADUN Kuala Penyu Datuk John Teo, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd.Fazlee Abdullah dan Pengerusi Penganjur Abdul Rahman Mohd.Taib

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bagi meningkatkan strategi bagi memperkasakan perpaduan melalui konsep 1 Malaysia ini aktiviti kebudayaan seperti penganjuran program tersebut boleh dijadikan wadah penyatuan masyarakat
Katanya,perpaduan yang ingin dipupuk di negara ini ialah satu keadaan di mana rakyat berbilang keturunan dan agama di Malaysia mempunyai satu perasaan kekitaan dan beridentiti sebagai warganegara dan bangsa Malaysia dimana program seperti ini merupakan antara pendekatan positif bagi menjayakan hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara contoh yang kental semangat perpaduannya meskipun terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Sementara itu Datuk Kimjus Duim semasa ditemui selepas majlis ini berkata, jika kerajaan hanya memberi tumpuan kepada soal pembangunan dan ekonomi sahaja tanpa melihat kepada keperluan lain seperti perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama, maka negara akan hancur.

Sehubungan dengan itu katanya, rakyat perlu bersama medokong usaha kerajaan dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dimana eleman ini cukup penting bagi membina sebuah Negara yang maju,aman dan makmur.

“ Sebarang eleman yang membawa kepada perpecahan kaum terutamanya yang dimainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana mengutamakan kepentingan peribadi perlu dielak dimana rakyat perlu menolak segala dakwah yang mereka sebarkan” tambah Kimjus

Monday, September 27, 2010

PERANAN MAYANG PERLU DIPERLUASKAN



ALBUM KENANGAN……Jawatan kuasa (Mayang) dan belia di kawasam PDM Tanjung Aru merakamkan gambar kenangan bersama Lajim dan Pengerusi MAYANG dan Jawatankuasanya selepas pelancaran majlis tersebut


MENUMBOK. Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MKPM) Mayang perlu memperluaskan peranan serta tanggungjawabnya bukan hanya sekadar membantu golongan yang kurang bernasib baik namun turut memberikan tumpuan terhadap pembangunan institusi kekeluargaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, jika sebelum ini peranan (Mayang ) hanya tertumpu dalam soal membantu golongan yang tidak bernasib baik namun skop serta peranannya boleh diperluaskan terutamanya dalam membangunkan modal insan di setiap kawasan Parlimen di negeri ini

“ Satu cara ialah dengan memperkasakan mutu pendidikan dengan membuka kelas-kelas tuisyen dimana ianya turut membantu kejayaan dan menentukan masa depan yang lebih baik dan terjamin kepada genarasi akan datang melalui pendidikan” katanya ketika berucap merasmikan (Mayang) Cawangan Kampung Tanjung Aru dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Isteri Lajim Datin Seri Hajah Nomilah Siong,Pengerusi (Mayang) Parlimen Beaufort Hajah Johair Matlani dan Pengerusi (Mayang) bagi daerah Mengundi Tanjung Aru Rohana Bte Mohammad

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap setiap cawangan (Mayang) yang ada di kawasan Parlimen Beaufort perlu aktif melaksanakan pelbagai program bukan sahaja dalam soal kebajikan masyarakat setempat namun turut memberikan perhatian terhadap pelbagai bentuk cabaran sosial yang melanda kehidupan masyarakat terutama genarasi muda masa kini.

“ Disamping melaksanakan program-program kebajikan, program-program keilmuan, agama,sosial perlu dilaksanakan agar peranan (Mayang) lebih relevan dalam memenuhi kehidupan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu” katanya

Di majlis itu Lajim juga turut mengumukan kelulusan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membena sebuah astaka dan dua buah khemah kanopi kepada KDM Tanjung Aru yang akan memberikan manafaat kepada penduduk setempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan di kampung tersebut.

Sementara itu Pengerusi (Mayang) Parlimen Beaufort Hajah Johiar Matlani ketika ditemui berkata, penubuhan cawangan-cawangan (Mayang) di setiap kawasan daerah mengundi di kawasan Parlimen Beaufort akan dibentuk secara berperingkat dimana ianya bersesuaian dengan peranan Mayang untuk membantu kes-kes yang memerlukan bantuan segera tanpa perlu menunggu ianya dapat dikesan oleh pegawai JKM sahaja.

Katanya, ia sejajar dengan tujuan penubuhan Mayang untuk meningkatkan khidmat JKM supaya lebih berkesan.

``JKM mempunyai bilangan pegawai yang terhad dan Mayang akan menjadi jentera peringkat kementerian untuk mengesan mereka yang memerlukan bantuan segera,'' katanya.

PMBT BAHAGIAN SABAH SAMBUT BAIK USAHA KERAJAAN TUBUH MRSM UNTUK ANAK TENTERA




ABD.SANON…PMBT Bahagian Sabah sambut baik hasrat Kementerian Pertahankan tubuhkan MRSM untuk anak tentera.

KOTA KINABALU: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Negeri Sabah menyambut baik usaha Kementerian Pertahanan menubuhkan Maktab Rendah sain Mara (MARA) khusus untuk anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia

Yang Dipertuanya Abd.Sanon Haji Sapari (gambar berkata usaha tersebut merupakan satu pengiktrafan dan penghargaan kepada anak-anak tentera termasuklah bekas-bekas tentera di seluruh neger ini.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini berkata, maktab tersebut akan dibina di Perak dengan konsep pendidikan ‘imtiaz’ (keseimbangan ilmu duniawi dan akhirat) bagi melahirkan pelajar mempunyai asas pendidikan agama yang kukuh dan cemerlang dalam bidang profesional

Katanya, 100 peratus pengambilan pelajar di MRSM itu nanti akan diberikan kepada anak-anak anggota ATM yang masih berkhidmat dan anak-anak pesara tentera.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, program ini akan dilaksanakan sebaik sahaja pembinaan MRSM siap dalam tempoh tertentu dan sebaik sahaja majlis yang dilantik oleh kementerian membuat keputusan lanjut mengenai pembinaannya

Bagaimanapun, Abd.Sanon yang juga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Beaufort turut mencadangkan agar pengambilan sekurang-kurangnya 40% kuota pelajar dalam kalangan bukan bekas tentera perlu juga diambil kira bagi merapatkan lagi jurang antara pelajar anak bekas tentera dan masyarakat

“ Penubuhan MRSM itu, merupakan satu permulaan yang baik dan beliau berharap usaha seumpama itu dapat diperluaskan di wilayah Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pembangunan modal insan yang menjadi keutamaan negara dapat direalisasikan secara holistic” katanya ketika dihubungi di sini dan diminta mengulas perkara tersebut

Sementara itu, Pengerusi Beliawira Bahagian Negeri Sabah, Muhammad Firdaus Joseph Abdullah turut melahirkan rasa syukur dan berterimakasih kerana golongan anak-anak bekas tentera turut menjadi fokus kerajaan selaras dengan dasar pendidikan nasional.

Justeru, beliau menyeru kepada anak-anak bekas tentera di negeri ini agar sentiasa mengutamakan budaya cemerlang dalam pelajaran bagi memastikan mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.