Monday, September 27, 2010

PERANAN MAYANG PERLU DIPERLUASKAN



ALBUM KENANGAN……Jawatan kuasa (Mayang) dan belia di kawasam PDM Tanjung Aru merakamkan gambar kenangan bersama Lajim dan Pengerusi MAYANG dan Jawatankuasanya selepas pelancaran majlis tersebut


MENUMBOK. Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MKPM) Mayang perlu memperluaskan peranan serta tanggungjawabnya bukan hanya sekadar membantu golongan yang kurang bernasib baik namun turut memberikan tumpuan terhadap pembangunan institusi kekeluargaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, jika sebelum ini peranan (Mayang ) hanya tertumpu dalam soal membantu golongan yang tidak bernasib baik namun skop serta peranannya boleh diperluaskan terutamanya dalam membangunkan modal insan di setiap kawasan Parlimen di negeri ini

“ Satu cara ialah dengan memperkasakan mutu pendidikan dengan membuka kelas-kelas tuisyen dimana ianya turut membantu kejayaan dan menentukan masa depan yang lebih baik dan terjamin kepada genarasi akan datang melalui pendidikan” katanya ketika berucap merasmikan (Mayang) Cawangan Kampung Tanjung Aru dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Isteri Lajim Datin Seri Hajah Nomilah Siong,Pengerusi (Mayang) Parlimen Beaufort Hajah Johair Matlani dan Pengerusi (Mayang) bagi daerah Mengundi Tanjung Aru Rohana Bte Mohammad

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap setiap cawangan (Mayang) yang ada di kawasan Parlimen Beaufort perlu aktif melaksanakan pelbagai program bukan sahaja dalam soal kebajikan masyarakat setempat namun turut memberikan perhatian terhadap pelbagai bentuk cabaran sosial yang melanda kehidupan masyarakat terutama genarasi muda masa kini.

“ Disamping melaksanakan program-program kebajikan, program-program keilmuan, agama,sosial perlu dilaksanakan agar peranan (Mayang) lebih relevan dalam memenuhi kehidupan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu” katanya

Di majlis itu Lajim juga turut mengumukan kelulusan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membena sebuah astaka dan dua buah khemah kanopi kepada KDM Tanjung Aru yang akan memberikan manafaat kepada penduduk setempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan di kampung tersebut.

Sementara itu Pengerusi (Mayang) Parlimen Beaufort Hajah Johiar Matlani ketika ditemui berkata, penubuhan cawangan-cawangan (Mayang) di setiap kawasan daerah mengundi di kawasan Parlimen Beaufort akan dibentuk secara berperingkat dimana ianya bersesuaian dengan peranan Mayang untuk membantu kes-kes yang memerlukan bantuan segera tanpa perlu menunggu ianya dapat dikesan oleh pegawai JKM sahaja.

Katanya, ia sejajar dengan tujuan penubuhan Mayang untuk meningkatkan khidmat JKM supaya lebih berkesan.

``JKM mempunyai bilangan pegawai yang terhad dan Mayang akan menjadi jentera peringkat kementerian untuk mengesan mereka yang memerlukan bantuan segera,'' katanya.

No comments:

Post a Comment