Thursday, September 2, 2010

JALANRAYA KE KAMPUNG LABA AKAN DINAIK TARAF





SUMBANGAN….. Lajim menyampaikan sumbangan yang sama yang sdiserakanb kepada Imam Kariah kg Laba sambil di saksikan oleh Isnin

BEAUFORT: Projek menaiktaraf jalan raya sepanjang 2.5 kilometer dari Kota Klias ke kampung Laba – Kekuro dan Layong kini dalam proses perlantikan kontraktor pelaksana dan perlaksanaannya akan dimulakan dalam tempoh yang terdekat ini

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin apabila projek ini dilaksanakan ianya akan memberikan sIstem perhubungan jalanraya yang lebih baik kepada penduduk di kampung ini dan sekitarnya

“ Isu jalanraya ke kampung ini telah sekian lama menjadi rungutan rakyat, dan sebagai pemimpin kita telah melakukan yang terbaik untuk dimajukan kepada kerajaan dan akhirnya kerajaan telahpun meluluskan peruntukan untuk melaksanakan projek ini” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kampung Laba dan Nukahan petang kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Hj Aliasnih,Naibnya Datuk Kimjus Duim ,Ketua Pemuda Mohd Ishak Ibrahim, ,Pegawai Pembangunan Khas Parlimen Jawarin Nasar,setiausaha sulit Sadi Nasah dan AJK Umno Bahagian Beaufort

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menambah sebuah lagi projek bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini di kampung Laba ialah kerja kerja penyelanggaran dan ubahsuai Balai Raya di kampung tersebut yang mana bakal dilaksanakan selepas hari raya aidil fitri ini

Sementara itu semasa di berada di Kampung Nukahan dalam acara yang sama Lajim juga turut mengumumkan kelulusan sebanyak RM200 ribu bagi membina dewan masyarakat di Kampung Nukahan yang bakal dilaksanakan sebelum hujung tahun ini

Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno kerajaan BN komited dalam menyediakan segala keperluan pembangunan asas untuk kepentingan rakyat khususnya di luar Bandar .

Katanya, kerajaan BN tidak akan mungkir janji jkepada rakyat justeru itu rakyat lebih bijak menilai kemampuan kerajaan BN dalam memenuhi kehendak rakyat.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan zakat kepada fakir miskin,Anak-anak yatim,Ibu-ibu tunggal golongan kurang upaya serta Mualaf di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment