Wednesday, September 22, 2010

Rakyat pelbagai lapisan masyarakat banjiri rumah terbuka DSP Lajim







HARMONI…Lajim bersama isteri ketika menyembut kedatangan orang ramai yang terdiri dari pelbagi kaum dan agama yang hadir ke majlis rumah terbuka hari raya aidil fitri beliau di kampung Kaundo Kebatu


BEAUFORT : Ribuan rakyat mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di kediamannya di kampung Kaundu Kebatu pada ahad lepas.

Rumah terbuka yang bermul 10.00 pagi itu dihadiri lebih dari 6,000 orang termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan Isteri Datin Seri Fardiah Tusin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakimin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said, wakil rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombo ,pemimpin parti kompenan Barisan Nasionlan dan pemipin masyarakat

Kehadiran orang ramai ke majlis ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat mencerminkan tahap perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini terus kukuh dan ini turut membantu menjayakan Gagasan 1 Malaysia,

Malah kehadiran Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah bersama rombongan walaupun dengan jadual yang agak ketat dengan jemputan majlis rumah terbuka pemimpin politik yang lain membawa masej jelas bahawa pemimpin tidak hanya bijak berpidato mengajak rakyat menjayakan Gagasan 1 Malaysia, namun natijahnya mereka telah menjadikan diri mereka sebagai Ikon atau teladan untuk menjayakan Gagasan ini.

Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort semasa ditemui di majlis ini berkata, amalan kunjung mengunjungi semasa musim perayaan sudah menjadi budaya rakyat Sabah ,sekali gus membantu memperkukuhkan perpaduan kaum di negeri ini.

Katanya, Ia amat sesuai dan selaras dengan Wawasan Perdana Menteri kita (Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abbdul Razak ) yang mahu rakyat pelbagai kaum di Negara ini sentiasa bersatu padu melalui konsep 1 Malaysia yang menekankan perpaduan nasional.

“ Melalui majlis Rumah Terbuka ini bukan sahaja kita berpeluang bermaaaf-maafan, namun lebih jauh dari itu ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim disamping memperkukuhkan hubungan harmoni dan semangat perpaduan yang utuh salah satu eleman yang cukup penting bagi membantu menjayakan agenda pembangunan Negara” katanya

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menambah Umat Islam di negara ini perlu bersyukur dengan kemampuan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan aman damai serta dilimpahi kemakmuran,

Katanya rakyat Malaysia yang bebas bebas dari peperangan, konflik, penindasan mahupun bencana alam seperti mana yang dialami atau melanda sesetengah saudara seakidah di seluruh pelusuk dunia perlu besyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan negara terdahulu yang telah meletakkan asas kukuh kepada kejayaan Malaysia pada hari ini.

Sehubungan dengan itu Lajim berkata, semangat perpaduan serta hubungan harmoni ini perlu terus dipelihara dan di pertahankan bukan sahaja pada musim perayaan sahaja namun ianya perlu sentiasa diamalkan dalam penghidupan rakyat di Negara ini sebagai eleman penting untuk menjayakan agenda pembangunan agar Negara terus maju,aman dan makmur.

No comments:

Post a Comment