Thursday, September 2, 2010

IMARAHKAN MASJID DAN SURAU JANGAN BERMUSIM







SUMBANGAN …..Lajim sambil diperhatikan oleh John,Edmond dan Zahari untuk menyampaikan sumbangan untuk tabung Masjid Pekan Kuala Penyu kepada pengerusi Masjid berkenaan Haji Abdul Rani Abdullah

KUALA PENYU: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mengingatkan umat Islam agar terus mengimarahkan masjid dan surau meskipun bukannya dalam bulan Ramadan.

Katanya, masjid dan surau merupakan institusi pendidikan berkesan sekiranya berfungsi dengan betul tanpa menghadkan fungsinya sebagai rumah ibadah seterusnya melaksanakan sembahyang berjemaah sahaja.

Menurut beliau ketika ini Umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman gejala sosial seperti sumbang mahram, buang bayi, dadah dan sebagainya yang turut melibatkan masyarakat Islam , justeru institusi masjid dan surau perlu memainkan peranan bagi mencegah gejala sosial yang semakin berleluasa sekarang ini.

Ini menurut beliau boleh dilakukan dengan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing yang meliabatkan semua warga terutamanya golongan muda.

“ Masjid dan Surau merupakan saluran penting dalam pelbagai sudut samaada ilmu sunah dan sebagainya”katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Masjid Daerah Kuala Penyu dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Edmond Teo, Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin haji Aliasnih ,Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd.Zinin ,Ketua Penerangan Haji Samin Ongki dan Pengerusi Masjid daerah Kuala Penyu Haji Abdul Rani Abdullah.

Selain itu menurut Lajim masjid dan surau juga beperanan sebagai pusat pertemuan bagi masyarakat Islam berinteraksi dengan mengwujudkan jaringan kerjasama terutamanya dalam memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan mereka.

“ Konsep 1 Malaysia menekankan kepentingan perpaduan sesama seagama termasuklah agama lain , sebagai pemangkin bagi menjayakan gagasan tersebut dimana rakyat di Negara ini bukan sahaja hidup bersatu padu namun maju dalam pelbagai aspek “ katanya.

Sempena majlis itu juga, Lajim juga turut menyampaikan zakat kepada asnaf fakir miskin dan menyampaikan bantuan untuk tabung masjid dan surau dan selepas itu menyertai masyarakat Islam setempat berbuka puasa seterusnya menunaikan solat maghrib Isyak dan Tarawih .

No comments:

Post a Comment